Friday, August 17, 2018

Hou Kong Hotel - Terletak 500 Meter dari Runtuhan Gereja St. Paul di Macau

Hou Kong Hotel terletak di tengah-tengah Wilayah Pentadbiran Khas Macau, China. Kami menginap di hotel ini pada; check in 05 December dan check out 06 December 2015.

View di bahagian depan hotel

Dengan senibina bangunan bergaya Portugis yang berusia lebih daripada 80 tahun, Hou Kong Hotel menawarkan penginapan yang selesa dengan akses Wi-Fi percuma. Setiap bilik mempunyai penghawa dingin dan kamar mandi peribadi lengkap dengan pancuran mandian air panas. Selain itu, Hou Kong Hotel ada menyediakan simpanan bagasi dan mengurus tempahan pakej lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Macau.

Hou Kong Hotel @ RM401.00

Hotel ini terletak di lokasi yang strategik bertentangan dengan Terminal Yuet Tong dan hanya 5 minit berjalan kaki dari Largo do Senado. 400 meter dari Teater Dom Pedro V, 500 meter dari runtuhan gereja St. Paul's dan 6 km dari Lapangan Terbang Macau. Terdapat pelbagai kedai cenderahati dan kedai roti berdekatan. 

Lokasi Hou Kong Hotel

Kesimpulan; walaupun harga bilik agak mahal iaitu RM401.00/night, inilah sebilangan kecil hotel seumpamanya yang menawarkan harga termurah di Macau. Lokasi hotel ini sangat strategik sesuai dengan harga bilik yang ditawarkan di tengah-tengah Macau! Recommended!

Berminat menempah bilik di hotel ini? Tempahlah melalui Booking.com.

Grand Park Shore Youth Apartment - Salah Satu Lokasi Penginapan Terbaik di Zhuhai, China

Kami menginap di Grand Park Shore Youth Apartment, Zhuhai, China untuk satu malam; check in 04 December & check out 05 December 2015. Penginapan ini terletak di Daerah Gongbei, Zhuhai yang bersempadanan dengan wilayah khas Macau. Kami menempah bilik queen bed tanpa kamar mandi.

Zhuhai, China

Penginapan ini sebenarnya sebuah rumah yang ditukar fungsinya menjadi penginapan untuk pelancong yang berkunjung ke Zhuhai. Lokasinya terletak di Jalan Lover di tingkat paling atas bangunan pangsapuri menawarkan pemandangan laut yang indah. 

Grand Park Shore Youth Apartment @ RM76.00

Semua bilik dilengkapi dengan aircond, cerek elektrik, meja dan kerusi. Beberapa bilik mempunyai kamar mandi dengan pancuran mandian air panas. Perkhidmatan Wi-Fi percuma disediakan di semua kawasan. Selain itu, kaunter penerimaan tetamu beroperasi 24 jam sehari dan menyediakan simpanan bagasi secara percuma. Tempat letak kenderaan juga disediakan secara percuma. 

Lokasi Grand Park Shore Youth Apartment

Penginapan ini berjarak 10 minit pemanduan dari Stesen Keretapi Zhuhai dan mengambil masa 55 minit pemanduan ke Lapangan Terbang Zhuhai. Lokasinya antara yang terbaik di Zhuhai!

Kesimpulan; penginapan ini sangat digemari oleh backpackers kerana harga biliknya yang murah, selesa dan lokasi hotel antara yang terbaik di Zhuhai! Recommended!

Berminat menempah bilik di hotel ini? Tempahlah melalui Booking.com.

Thursday, August 16, 2018

Guangzhou Xidiwan Hotel - Penginapan Terbaik Kepada Penggemar Barangan Borong di Guangzhou, China

Guangzhou Xidiwan Hotel terletak di tepi Sungai Mutiara @ Zhujiang River dalam kawasan Yue Xiu District, Guangzhou, China. Kami menginap di hotel ini untuk satu malam; check in pada 03 Disember dan check out 04 Disember 2015. Jenis bilik yang kami tempah; twin bed dengan saiz bilik yang luas berharga RM102.00/ night.

Zhujiang River

Hotel ini menawarkan penginapan yang berpatutan dengan akses internet percuma di setiap bilik. Setiap bilik juga berhawa dingin dilengkapi dengan meja kerja, TV, bilik mandi en suite lengkap dengan peralatan mandi dan pancuran mandian air panas. Perkhidmatan dobi juga disediakan.

Selain itu, hotel ini juga ada menyediakan dan mengurus tempahan pakej lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Guangzhou. Kepada mereka yang sukar bangun awal atau risau terbangun lewat, anda patut mempertimbangkan untuk menginap di hotel ini kerana pihak hotel menawarkan perkhidmatan bangun kepada mereka yang memerlukan. 

Twin bed @ RM102.00

Guangzhou Xidiwan Hotel berjarak 10 minit berjalan kaki dari Stesen Subway Line 6 Yide Road dan 25 minit pemanduan dari Canton Trade Fair. Terletak 800 meter dari Hai Zhu Square dan 1.5 km dari Shangxiajiu Pedestrian Street yang terkenal sebagai destinasi tumpuan utama pelancong di Guangzhou. Lokasi hotel didalam kawasan Yue Xiu District adalah pilihan terbaik untuk pelancong yang berminat membeli-belah barangan di kawasan pasar secara runcit dan borong seperti pakaian, aksesori dan pelbagai produk makanan laut. Bersebelahan dengan hotel ini terdapat restoran cina muslim.

Lokasi hotel

Kesimpulan; harga biliknya boleh dikatakan murah dan selesa sesuai dengan status Guangzhou sebagai bandar pelabuhan yang ke-15 tersibuk di dunia. Lokasi penginapan ini juga sangat sesuai kepada penggemar aktiviti membeli belah secara borong! Recommended!

Berminat menempah bilik di hotel ini? Tempahlah melalui Booking.com.

Wednesday, August 15, 2018

Bamboo House Hotel - Lokasi Penginapan Terbaik & Murah di Pusat Bandar Yangshuo, China

Kami menginap di hotel ini semasa melancong secara backpacker ke Yangshuo pada 01 hingga 02 Disember 2015. Kami menempah bilik jenis twin bed untuk dua orang dewasa. Keadaan cuaca pada ketika itu kurang baik kerana hujan dan agak berkabus.

Lijiang River

Hotel ini sebenarnya agak tersembunyi sedikit di lorong yang agak sempit. Walau bagaimanapun tidaklah sukar untuk menemui lokasinya. Hotel ringkas, kelengkapan yang sederhana dengan ruang bilik yang kecil. Jika dinilai sebaiknya, penginapan ini lebih sesuai jika menggunakan istilah inn berbanding hotel.

Ruang bilik hotel @ RM65.00

Semua bilik dilengkapi penghawa dingin, cerek elektrik, TV kabel, Wi-Fi percuma dan bilik mandi. Sesetengah unit mempunyai balkoni peribadi. Tetamu boleh menyewa basikal untuk meneroka Yangshuo. Perkhidmatan dobi, simpanan bagasi, kemudahan faks dan fotokopi turut tersedia di lobi hotel. Cafe hotel menyajikan hidangan antarabangsa dan makanan Cina tempatan. Selain itu, Bamboo House Hotel ada menyediakan dan mengurus tempahan pakej lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Yangshuo. 

Hotel ini terletak berhampiran Lijiang River dan Xijie Pedestrian Street @ West Street yang menjadi ikon paling ikonik di Yangshuo, China. Kemeriahan sepanjang Xijie Pedestrian Street bermula pada jam 10.00am hingga 11.00pm. Sepanjang tempoh tersebut, West Street akan dipenuhi dengan pelbagai gerai jualan seperti makanan, pakaian, sayur-sayuran dan banyak lagi. Xijie Pedestrian Street sesak kerana menjadi tumpuan utama pelancong asing dan tempatan.

Lokasi hotel

Kesimpulan; penginapan ini sangat digemari oleh backpackers kerana harga biliknya yang murah, selesa untuk dua orang sebilik dan lokasi hotel antara yang terbaik di Yangshuo! Recommended!

Berminat menempah bilik di hotel ini? Tempahlah melalui Booking.com.

Tuesday, August 14, 2018

Jepun & Korea Selatan: Misi Mencari Maria Ozawa dan Kim Tae Hyung

Trip kali ni pelik sikit namanya misi "Mencari Maria Ozawa & Kim Tae Hyung 2018". Maklum la siapa yang tidak kenal kedua-dua selebriti terkenal ni. Bila sebut Maria Ozawa pasti teringatkan Jepun. Kenal tak? Begitu juga dengan Kim Tae Hyung yang sinonim dengan kumpulan artis K-Pop Korea Selatan. Kim Tae Hyung ni one of the most charming K-Pop male kunun la. Selain tu, Kim yang lebih mesra dengan panggilan V merupakan anggota kumpulan BTS telah dinobatkan sebagai lelaki paling kacak di dunia pada tahun 2017 menerusi senarai yang dikeluarkan oleh TC Candler. Kamu ada? Mau tau lebih lanjut tentang mereka berdua ni search di google. Tapi remaja bawah umur dilarang keras search Maria Ozawa.

Misi dilancarkan bermula 25 Mei 2018 dan berakhir pada 02 Jun 2018. Misi ini memakan masa 9 hari 8 malam di dua buah negara iaitu Jepun dan Korea Selatan. Apapun layan dulu beberapa keping gambar dari beberapa lokasi yang telah kami kunjungi.

Arashiyama (Sogenchi Garden)

Osaka Castle

Gyeongbokgung Palace

Cheonjeyeon Falls


Saya kongsikan ringkasan itinerary, budget dan info sebagai panduan.

Itinerary

Itinerary

Perjalanan kami berkonsepkan backpacker dengan budget rendah bermula dari KKIA, Kota Kinabalu, Sabah ke KLIA2 pada 25hb Mei 2018. Perjalanan kami seperti berikut;

25 Mei - Penerbangan Airasia dari KKIA ke KLIA2 (berlepas 5.25AM- mendarat 8.05AM) seterusnya menaiki penerbangan Airasia X dari KLIA2 ke Kansai International Airport (Osaka, Jepun) (berlepas 2.00PM - mendarat 9.25PM waktu tempatan). Menaiki train dari Kansai International Airport ke Osaka City. Menginap di Sunplaza Hotel selama 3 malam; check in 25 Mei, check out 28 Mei.

26 Mei - Awal pagi menaiki train ke Kyoto. Meluangkan masa sepanjang hari di Kyoto; Fushimi Inari Taisha, Arashiyama (Sogenchi Garden), Kiyomizu-dera dan Gion. Kembali ke Osaka pada sebelah malam.

27 Mei - Meneroka Osaka City; Osaka Castle, Tennoji Park, Osaka Aquarium (Kaiyukan) dan Tempozan Ferris Wheel pada sebelah pagi. Seterusnya menaiki train menuju ke Kobe; Nunobiki Park (Nunobiki Falls), Kobe Earthquake Memorial Park, Meriken Park, Kobe Port Tower dan Mosaic Big Ferris Wheel. Kembali ke Osaka City pada sebelah malam dan menghabiskan masa di sekitar Dontoburi sehingga pukul 11.00PM.

28 Mei - Check out dari Sunplaza Hotel dan naik train ke Kansai International Airport. Menaiki penerbangan Peace Airline ke Incheon International Airport, Seoul, Korea Selatan (berlepas 12.35PM - mendarat 2.25PM waktu tempatan). Seterusnya menaiki train ke penginapan K-Guesthouse Insadong 2 Myeongdong, Seoul. Sebelah petang menghabiskan masa menyusuri Cheonggyecheon Stream, menikmati sunset di Banpo Bridge dan berbuka puasa di Myeongdong Food Street.

29 Mei - Check out 7.30 pagi. Meluangkan masa di sekitar Changdeokgung Palace dan Bukchon Hanok Village. Menaiki train ke Gimpo International Airport seterusnya terbang ke pulau Jeju dengan pesawat Jeju Air (berlepas 7.05PM - mendarat 8.15PM). Tiba di Jeju International Airport dan menaiki airport shuttle bus ke AJ Rent a Car untuk mengambil kereta sewa dan memandu ke penginapan; Check in di Jeju R Hotel.

30 Mei - 8.00 pagi; memandu ke Seongsan Ilchulbong, Seopjikoji, Jeju Folk Village, Cheonjeyeon-Cheonjiyon Falls dan Oedolgae Rock. Kembalikan kereta sewa dan menumpang taksi kembali ke penginapan.

31 Mei - Check out 5.30 pagi. Menaiki taksi dari penginapan ke Jeju International Airport. Terbang ke Seoul dengan pesawat Jeju Air (7.40AM berlepas - mendarat 8.50AM waktu tempatan). Check in semula di K-Guesthouse Insadong 2 Myeongdong, Seoul. Berkunjung ke Gyeongbokgung Palace dan melepak di sekitar Cheonggyecheon Stream. Kembali ke penginapan dan rehat.

01 Jun - Check out 6.00 pagi. Menaiki train ke Incheon International Airport. Terbang kembali ke KLIA2 dengan pesawat Airasia X (4.25PM berlepas - mendarat 9.55PM). Tiba di KLIA2 dan stay disini sehingga subuh.

02 Jun - 5.50AM menaiki penerbangan Airasia dan tiba di KKIA pada jam 8.30AM.

Budget

Japan:
1. Penginapan: RM343.00
2. Makan & Minum: RM480.00
3. Pengangkutan: RM510.00
4. Lain-lain: RM347.00
Jumlah: RM1,680.00

South Korea:
1. Penginapan: RM522.00
2. Makan & Minum: RM480.00
3. Pengangkutan: RM354.00
4. Lain-lain: RM655.00
Jumlah: RM2011.00

Kos keseluruhan tidaklah tinggi sangat;

1. Penginapan: RM865.00
2. Makan & Minum: RM960.00
3. Pengangkutan: RM864.00
4. Lain-lain: RM1002.00
5. Flight: RM4968.85

Keseluruhan: RM8659.85

Jumlah kos keseluruhan RM8659.85. Jumlah ni merupakan kos untuk tiga orang (termasuk 1 orang kanak-kanak) selama 9 hari 8 malam. RM8659.85 / 3 orang =RM2886.62 seorang. RM2886.62 / 9 hari =RM320.73 sehari. Mahal atau murah? Walau bagaimanapun pada hari terakhir sebelum terbang kembali ke tanah air dari Seoul terpaksa tambah RM4050.00. Mau tau kenapa berlaku tambahan ni? Jawapannya ada dalam episod yang terakhir untuk entry Mencari Maria Ozawa & Kim Tae Hyung 2018 ni.


Sedikit Info

Japan: Perjalanan yang mudah dan sangat mesra pelancong dengan amalan sivik rakyatnya yang begitu tinggi. Tersenarai dalam sebilangan kecil negara terbersih di dunia. Negara kepulauan dengan status ekonomi negara maju. Kemudahan pengankutan sangat sistematik dan efisien. Penguasaan bahasa Inggeris tidak begitu baik tapi masih ok. Mereka sangat-sangat berusaha membantu anda jika perlu. Kos hidup sangat tinggi. Kalau nak jimat kos makan minum, beli makanan di kedai runcit seperti Family Mart. Pelancong Malaysia tidak perlukan visa untuk memasuki Japan. Tapi masih wajib mengisi Visa on Arrival.

South Korea: Destinasi pelancongan popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Terletak di semenanjung Korea dan bersempadan darat dengan negara kuku besi Korea Utara. Kerap berlaku ketegangan di sepanjang kedua-dua sempadan negara Korea Selatan dan Korea Utara. Walau bagaimanapun masih selamat untuk dikunjungi. Sentiasalah mengikuti perkembangan semasa sebelum bertolak ke Korea Selatan. Sama seperti Jepun, Korea Selatan berstatus ekonomi negara maju. Kemudahan pengankutan sangat baik dan cekap. Penguasaan bahasa Inggeris tidak begitu baik tapi masih ok. Kos hidup juga agak tinggi. Jangan harap boleh dapat makanan ala-ala nasi ekonomi dengan harga RM6.00 disini. Rakyat Malaysia tidak diperlukan visa untuk memasuki Korea Selatan. Wajib isi Visa on Arrival.

Secara keseluruhannya, melancong secara backpacker ke Jepun dan Korea Selatan selama 9 hari 8 malam sangat mencabar dan meletihkan tapi sangat-sangat berbaloi dengan kos yang rendah. Perjalanan seperti ini sesuai untuk ahli rombongan kecil yang tidak cerewet dan bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang perjalanan. Berkeupayaan untuk menukar plan sedia ada pada saat akhir jika perlu; mesti ada plan B dan C. Wajib mempunyai lesen memandu antarabangsa jika mahu menyewa kereta pandu sendiri di Jepun dan Korea Selatan.

Sesuai tak perjalanan ini kami namakan sebagai misi Mencari Maria Ozawa & Kim Tae Hyung? Sila baca disini.

Sunday, July 29, 2018

Air Terjun Sipiso-Piso, air terjun tertinggi di Sumatera Utara

Air terjun Sipiso-piso ni merupakan air terjun yang tertinggi di Sumatera Utara dan juga di Indonesia.


Air Terjun Sipiso-Piso

Air Terjun Sipiso-Piso


Tuesday, March 13, 2018

Thailand 03: Chiang Rai ke Chiang Khong

12 Disember 2016 ~ Hari ketiga dan terakhir di Thailand

Hari ini kami akan meninggalkan Chiang Rai dan Thailand. Destinasi seterusnya ialah Houay Xai @ Bakeo di Laos. 6.45 pagi ~ Check out dan terus ke pusat bandar Chiang Rai. Objektif pagi ini, ke Chiang Rai Old Bus Terminal, sarapan dan menaiki local bus ke pusat pemeriksaan sempadan Thai-Laos di Chiang Khong.

Wat Chet Yot

Sebelum ke terminal bas...sarapan dulu. Menu nasi ayam+ngok2+itik..sedap ok!

Sarapan @ Baht 30/person

Selesai sarapan, kami menuju ke stesen bas. Ketika kami disini, stesen bas masih lagi dalam pembinaan di atas tapak stesen bas lama. Pihak berkuasa tempatan menyediakan stesen bas sementara bersebelahan dengan tapak pembinaan. Sistem pengangkutan di Thailand boleh dikatakan cekap walaupun tidak begitu selesa terutamanya local bus. Oleh itu, tidak sukar untuk menggunakan pengangkutan awam dan kebanyakan pelancong tidak akan menghadapi masalah berkaitan pengangkutan di Thailand.

Stesen bas dalam pembinaan

8.00 pagi ~ menaiki bas ke Chiang Khong.

Menuju Chiang Khong @ Baht 65/person

Sejak Disember 2013, pintu masuk ke sempadan Loas dari Chiang Khong adalah melalui Thai-Laos Friendship Bridge 4 yang terletak 9km sebelum sampai ke Chiang Khong jika perjalanan dari arah Chiang Rai. Oleh itu, kami diturunkan di tepi jalan raya berhampiran dengan simpang ke sempadan Thai-Laos. Nak ke sempadan kena naik tuk-tuk yang sedia menanti ditepi jalan raya @ Baht 100.

ICQ Chiang Khong, Thailand

Untuk ke sempadan Laos dari sempadan Thailand, kena naik bas untuk menyebrangi Thai-Laos Friendship Bridge 4 dengan tambang Baht 25/person.

Bas ke ICQ Bakeo, Laos

11.15 pagi ~ tiba di pusat pemeriksaan keselamatan sempadan Laos.

ICQ Bakeo, Laos

Secara keseluruhannya, perjalanan dari Chiang Rai ke sempadan Thailand-Laos di Chiang Khong adalah lancar. Kami tidak menghadapi apa-apa masalah yang menyulitkan untuk sampai di pusat pemeriksaan keselamatan sempadan Bakeo, Laos. Sekitar jam 12.00 tengah hari kami telahpun berada didalam negara Laos dan menuju ke bandar terdekat Houay Xay. 

~TAMAT~

Baca episod sebelumnya: Sehari di Chiang Rai dan Mae Sai

Saturday, March 3, 2018

Thailand 02: Chiang Rai dan Mae Sai

Sehari di Chiang Rai dan Mae Sai

11 Disember 2016 ~ Hari Kedua di Thailand.

Walaupun penat sehari perjalanan dari Mae Sot pada hari sebelumnya, kami tetap bangun awal untuk memenuhi senarai tempat menarik yang perlu kami kunjungi sepanjang hari ini seperti yang sudah dirancang iaitu;

1. Baan Dam Museum @ Black Temple
2. Chiang Rai First Church
3. White Temple
4. Chiang Rai Beach
5. Wat Phra That Wai Dao
6. The Golden Triangle

Semua lokasi tersebut berada di luar bandar Chiang Rai dan perlu menaiki bas dan tuk-tuk yang berbeza. Jarak paling jauh ialah Wat Phra That Wai Dao dan the Golden Triangle di Mae Sai dengan jarak 60 km. Oleh itu, tepat jam 6.40 pagi, kami keluar dari penginapan dan berjalan kaki ke pusat bandar Chiang Rai untuk sarapan sebelum bergerak ke semua lokasi yang dirancang.

3H2M disini@Baht 1170 (RM147.00)

Baan Bua Homestay sebenarnya hanya terletak 300 meter dari jalan raya utama di pusat bandar Chiang Rai. Tidak sampai 10 minit berjalan kaki kami sampai di jalan raya utama. Suasana masih lengang, permis perniagaan juga masih belum beroperasi.

Chiang Mai diwaktu pagi

Kami tercari-cari kedai makan di sepanjang jalan raya utama untuk sarapan tapi belum ada yang beroperasi lagi. Mungkin bagi peniaga di Chiang Rai, pukul 7.00 pagi masih terlalu awal untuk memulakan perniagaan. Oleh itu, kami memasuki lorong-lorong kecil. Mungkin ada peniaga kecil-kecilan yang sudah memulakan perniagaan disana. Memang betul ada tapi bukan kedai makan melainkan agensi pelancongan. Kami masuk dan saja-saja bertanya kepada staf di kaunter. Dipendekkan cerita, kami mengambil pakej pelancongan yang ditawarkan agensi ini dengan bayaran Baht 2000 @ RM250.00 untuk dua orang dewasa. Kanak-kanak bawah 7 tahun free.

Parn Trek Trekking & Sightseeing

Pakej yang kami tempah ialah pakej bersama dengan lima lokasi yang kami pilih. Ini bermaksud kami akan berada dalam bas pelancong bersama-sama dengan pelancong yang lain. Jika kami pilih lima lokasi dan pelancong lain yang bersama dalam bas memilih tujuh lokasi maka kami akan turut dibawa bersama ke lokasi tersebut. Untung bukan? Bas akan mula bergerak pada jam 7.30 pagi dan kembali semula disini pada jam 7.00 malam.

Sebelum bergerak kami cari sarapan dahulu @ Baht 300. Kami diingatkan supaya berkumpul di hadapan Parn Trek sebelum 7.30 pagi. Selesai sarapan kami kembali semula ke Parn Trek, tiga kumpulan pelancong yang akan bersama-sama dalam bas telahpun tiba. Kumpulan pertama ialah sekeluarga dari Malaysia (3 orang), kumpulan kedua juga dari Malaysia (2 orang pemuda ~ mereka ini baru tiba dari Houay Xai, Laos semalam) dan kumpulan ketiga ialah pelancong dari eropah ~ Holland dan Belgium (2 orang perempuan ~ rakan karib).

Van Parn Trek

Tepat Jam 7.30 pagi kami pun bergerak. Layanlah gambar dan nilai sendiri lokasi-lokasi yang kami telah lawati.

Nak tau dan lihat gambar-gambar di lokasi tersebut? Sila klik link dibawah;

Chiang Rai:
Destinasi Pertama: White Temple (Wat Rong Khun)
Destinasi Kedua: Blue Temple @ Wat Rong Suea Ten
Destinasi ketiga: The Black House @ Black Temple (Baandam Museum)
Destinasi keempat: Long Neck Karen Village
Destinasi Kelima: Choui Fong Tea Plantation (Mae Chan District)
Destinasi Keenam: Monkey Cave & Temple @ Wat Tham Pla

Mae Sai District: The Northern Most Part of Thailand

Mae Sai merupakan bandar sempadan antara Thailand dengan Myanmar di bahagian paling utara negara Thailand. Jarak Chiang Rai ke Mae Sai ialah 60 km dan mengambil masa perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit bergantung kepada keadaan trafik.

ICQ Thailand - Myanmar

Mae Sot:
Destinasi Ketujuh: Temple on The Hill @ Wat Phra That Wai Dao
Destinasi Kelapan: House of Opium Museum
Destinasi Kesembilan: The Golden Triangle
Destinasi Kesepuluh: Sunset View

Selesai mengunjungi kesemua lokasi terdsebut, kami kembali ke bandar Chiang Rai dan diturunkan di depan Parn Trek Trekking & Sightseeing.

Seterusnya...dinner @ Baht 117 dan cuci mata dahulu di sepanjang jalan raya utama sebelum kembali ke penginapan. Esok pagi kena bangun awal untuk perjalanan ke Chiang Khong dan menyeberangi sempadan ke Houay Xai, Laos.

Bersambung...

Destinasi Pertama Chiang Rai: White Temple (Wat Rong Khun)

Destinasi Pertama: White Temple (Wat Rong Khun)

White Temple

White Temple

Awal pagi dan agak berkabus. 

White Temple

White Temple

White Temple

Kami tidak masuk ke bahagian dalam bangunan. 

Sedikit info berkenaan White Temple (Wat Rong Khun) ~ located at Ban Rong Khun, approximately 13 km from the city. 50 baht to enter main temple. This unique modern temple was designed and built by artist Chaloemchai Khositphiphat in 1998. A beautiful white ordination hall - Phra Ubosot-is decorated with silver glittering pieces of mirrors. There are large mural paintings of the Lord Buddha in different gestures. A gable is decorated with a gable apex, a leaf-shaped gable-edging in the shapes of Phya Naga, dragon and mythical creatures, which are entirely made of white stucco. There are viharn, small halls for recitation surrounding the ordination hall, museum, and reception pavilion.


Destinasi Kedua Chiang Rai: Blue Temple @ Wat Rong Suea Ten

Destinasi Kedua: Blue Temple @ Wat Rong Suea Ten

Blue Temple

Wat Rong Suea Ten

Blue Temple ~ bahagian dalam temple

Blue Temple @ Wat Rong Suea Ten

Sedikit info berkenaan Blue Temple @ Wat Rong Suea Ten ~ Located in Rong Suea Ten in the district of Rimkok a few kilometers outside Chiang Rai. It is above all its magnificent blue interior with a large white Buddha that marks the spirits.