Monday, July 31, 2017

Myanmar 02: Shwedagon Pagoda ~ Mahkota Emas Burma Yang Menakjubkan

Tags

8 Disember 2016 - Hari Kedua di Yangon, Myanmar.

Bangun seawal 6.00 pagi dan bersiap untuk ke Shwedagon Pagoda lebih kurang 3km jarak dari penginapan kami. Apapun sebelum tu kenalah sarapan dahulu. Tempahan penginapan kami selama dua malam disini sudah termasuk sarapan.

Pemandangan di luar penginapan kami

Menu untuk tiga orang, boleh tahan juga

8.30 pagi selesai sarapan dan cari teksi untuk ke Shwedagon Pagoda. Staf guest house beritahu tambang teksi ke Shwedagon pagoda dan mana-mana destinasi sekitar kota Yangon ialah 2000 - 3000 kyat. Tidak perlu menunggu lama kami sudahpun berada dalam teksi menuju destinasi. Kami diturunkan di kawasan parking pintu masuk utama, kami sebagai penumpang kena bayar tiket masuk teksi 1000 kyat.

Menuju Shwedagon Pagoda

Untuk pengetahuan, pelancong asing dikenakan bayaran tiket masuk ke Shwedagon Pagoda sebanyak kyat @ RM25.00 seorang. Mungkin kami boleh menyamar sebagai penduduk tempatan tapi agak mustahil sebab kami dilihat dan acap kali dikatakan sebagai pelancong sama ada dari Thailand, Filipina atau Taiwan. Uhhhhh, bangga? ada la sikit.

Jom masuk! tapi kenalah ikut peraturan yang ditetapkan. Semua pengunjung sama ada warga asing atau tempatan tidak dibenarkan menggunakan alas kaki (kasut/selipar). Jadi kena buka dan berkaki ayam. Oleh itu, pastikan membawa bakul plastik untuk menyimpan kasut dan selipar supaya mudah untuk dipegang. Kalau terlupa bawa bakul plastik, ada dijual disini. Kami bayar 5000 kyat @ RM15.00 untuk tiga bakul plastik. Gila punya mahal untuk bakul plastik!😢

Ikut arah laluan penduduk tempatan

Nah...stupa @ Shwedagon Pagoda!

The gold seen on the stupa is made of genuine gold plates, covering the brick structure and attached by traditional rivets.

Kebanyakan penduduk tempatan dan pelancong asing datang ke sini untuk berdoa dan melakukan ritual keagamaan terutamanya yang beragama buddha.

Ritual dan doa

Ritual dan doa

Ritual dan doa

Sorry ya miss menganggu pula

Ritual dan doa

Ritual dan doa

Ritual dan doa

Kami melakukan satu pusingan 360 darjah mengelilingi Shwedagon Pagoda. Kompleks pagoda ini sangat luas dan dipenuhi dengan senibina yang menakjubkan. Kombinasi warna kuning keemasan, hijau, perang dan putih menjadikan kompleks pagoda ini kelihatan sangat mewah. Tapi cuaca disini agak panas menjelang tengah hari. Saya nasihatkan datanglah disini pada sebelah pagi ketika lantai pagoda masih sejuk. Kompleks pagoda ini dibuka bermula 6.30 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari. Jom lihat apa yang ada di Shwedagon Pagoda yang terletak di puncak bukit Singuttara ini.

View sekitar Shwedagon Pagoda

View sekitar Shwedagon Pagoda

View sekitar Shwedagon Pagoda

View sekitar Shwedagon Pagoda

Sami Buddha

Patung Buddha

Bergambar untuk diri sendiri

Kekuatan ahli rombongan...😀😀

Panas, penat dan dahaga mengelilingi kompleks pagoda? Jangan risau, air minum ada disediakan disini.

Minumlah tanpa ragu-ragu

Setelah puas mengelilingi kompleks pagoda, kami pun keluar dari sini untuk menuju ke Aung San Stadium. Boleh keluar di mana-mana pintu masuk/keluar tapi kami memilih untuk keluar melalui Eastern stairway kerana lebih dekat untuk ke Aung San Stadium. Semua pintu masuk dan keluar ada pemeriksaan keselamatan.

Laluan keluar dan masuk

Barangan dijual sepanjang laluan keluar

Jual burung pipit dan "burung"

Masuk dan berkaki ayam

Yang penting bedak tanaka.

Beli mix fruit disini @ 500 Kyat

Tak nak beli sebab tak pakai bedak tanaka

Babai Shwedagon Pagoda

Sekitar 12.00 tengah hari kami meninggalkan Shwedagon Pagoda dan berjalan kaki ke Aung San Stadium. Jarak lebih kurang 1km setengah.

Kesimpulan kami untuk Shwedagon Pagoda, WAJIB dikunjung jika melancong ke Yangon! The Shwedagon Pagoda is the single most important religious site in all of Myanmar, nah begitu!. 

Obama dan Hillary ~ 19 November 2012

Nak tahu lebih lanjut berkaitan Shwedagon Pagoda? Boleh baca diWikipedia dan disini atau terus ke laman rasmi Shwedagon Pagoda.

Bersambung...

Sipiso-Piso Waterfall - One Of The Tallest Waterfall In Indonesia


Sipiso-piso waterfall, is one of the tallest waterfall in Indonesia. The name Sipiso-piso mean ‘like a knife'; it has 120m high and it located in Tonggiang village, 45 Kilometers from Berastagi at the northern end of Lake Toba.

This waterfall is formed by a small underground river of the Karo Plateau and flows out into the Lake Toba caldera. To get to Sipiso-Piso falls catch a local mini-bus from Berastagi to Kabanjahe At the bus terminal in Kabanjahe catch any bus going to Siantar and ask to get off at Sipiso-Piso. From the main road the falls are 2.5km from the main road. There are becak drivers waiting at the turnoff and go to the falls.

Sipiso-Piso Waterfall has beautiful scenery and fascinating sightseeing. Among the cliffs that look greenish, the fall water is looking majestic by its grace. As we stand or sit far from the location, we can enjoy the beauty Sipiso-piso and Lake Toba from a distance at the same time.

To reach the bottom of the waterfall, we do have to spend a little extra energy. For the peak of the waterfall is located at an altitude of about 800 meters above sea level. Moreover, the walking trails are steep and winding. But do not worry, once reached the bottom of the waterfall, the tiredness is going to be replaced with the satisfaction gratefulness.

Near the waterfall, the local government has built such kind of comforting places for visitors and tired travelers. They can just sit and enjoy the spectacular sparkling fall of Sipiso-piso or go shopping around for some distinctive souvenirs. One may find pleasure going down to the very lowest fall of the water. -indonesia-tourism

Gunung Bromo - Gunung Berapi Aktif Bagaikan Pulau Diatas Awan


Gunung Bromo merupakan salah satu gunung berapi yang masih aktif di Jawa Timur, Indonesia dengan ketinggian 2,329 meter dari aras laut. Gunung ini berada didalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Statusnya yang masih aktif menjadi tarikan pelancong.

“Bromo” berasal dari kata “Brahma” iaitu salah satu dewa hindu. Masyarakat beragama hindu sekitar gunung Bromo akan merayakan festival Yadnya Kasada atau Kasodo sekali setahun dengan memberi persembahan seperti sayuran, ayam, dan wang kepada dewa dan dibuang ke dalam kawah gunung Bromo. Upacara ini dijalankan sebagai tanda kesyukuran.

Terdapat beberapa tarikan pelancongan didalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru seperti Kawah Gunung Bromo, Bukit Teletubies, Pasir Berbisik, Gunung Penanjakan, Kebun Strawberry dan kebudayaan penduduk tempatan di sekitar Gunung Bromo.

Dari puncak Gunung Penanjakan pada ketinggian 2,770 meter dari aras laut, para pelancong dapat menyaksikan matahari terbit dengan pemandangan Bromo yang sangat menakjubkan. Keindahan Gunung Bromo yang luar biasa menjadi tarikan utama pelancong berkunjung kesini.

Sunday, July 30, 2017

Ban Gioc Falls - One Of Vietnam’s Most Impressive Natural Sights

At Ban Gioc, the Quay Son River forms the border between Vietnam and China. Consequently, the falls are half in Vietnam and half in China. Both countries have bamboo rafts that punt visitors around the base of the falls for better views of the cascade: you can literally shake hands with Chinese tourists on the other rafts. Ban Gioc Waterfall is 350km from Hanoi. It’s reached via a good national highway to Cao Bang City, and then several recently upgraded provincial roads, leading through fantastic countryside to the falls. It’s now easier than ever to visit Ban Gioc, but still very few people, especially foreign travellers, make it here. -vietnamcoracle


Kawasan ini jarang dikunjungi oleh pelancong kerana lokasinya yang sangat jauh dari Hanoi. Ban Gioc Falls adalah serangkaian air terjun di Quy Xuan River di sempadan China-Vietnam yang terletak di kawasan bukit karst dari Daxing County di kota Chongzuo daerah Guangxi disebelah China, dan di Trung Khanh, daerah Cao Bang dalam sempadan Vietnam.

Menyerupai Niagara Falls kerana kelebarannya lebih dari 100 meter dengan airnya yang menjunam dari ketinggian tiga puluh meter terpisah-pisah diantara batu-batuan dan pokok. Air terjun ini sungguh indah menakjubkan dan termasuk dalam senarai salah satu air terjun tercantik di Asia Tenggara.

Kuang Si Falls - One Of The Most Beautiful Waterfalls In Southeast Asia

This three tiered waterfall with a bridge atop is located south of Luang Prabang, beautifully hidden amidst the jungle. Skip the tours, leave your valuables behind and climb all the way to the top for a spectacular view of the falls cascading over limestone formations.


Kuang Si Waterfall terletak sekitar 30 kilometer ke arah selatan dari pusat bandar Luang Prabang. Kuang Si Waterfall merupakan air terjun tercantik di Laos dan juga antara yang tercantik di Asia Tenggara.

Myanmar 01: Terbang Dari Singapura Ke Yangon

Tags
07 Disember 2016 - Dari Singapura ke KLIA2 dan sambung terbang ke Yangon, Myanmar

Flight Airasia kami ke KLIA2 dari Changi Airport yang sepatutnya berlepas pada jam 1.05 petang diumumkan akan mengalami kelewatan. Ketika petugas Airasia di Changi Airport mengumumkan kelewatan penerbangan, kami menjadi risau memandangkan flight kami ke Yangon, Myanmar dijadualkan berlepas pada jam 5.20 petang. Penerbangan Changi Airport ke KLIA2 memakan masa 1 jam. 

Sejam berlalu, 2.00 petang belum ada apa-apa pengumuman dari petugas. Tiada apa yang mampu dilakukan selain daripada terus menunggu. Menjelang 2.30 petang masih belum ada sebarang berita gembira mahupun menyedihkan diumumkan. Kami mula tidak senang duduk dan penumpang-penumpang yang lain juga mula menunjukkan reaksi yang sama. Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran...teringat kembali kisah pada tahun 2012 sekitar jam 7.00 malam di LCCT, KLIA. Trip ke Kochi, India terpaksa dibatalkan dan sebagai pilihan kami terbang ke Jakarta, Indonesia. Kejadian seperti itu tidak patut berlaku lagi!

Tiba-tiba keadaan menjadi kecoh, semua penumpang berdiri dan bergegas beratur di depan kaunter pelepasan. Rupanya petugas Airasia telahpun memberikan isyarat beratur untuk pemeriksaan keselamatan terakhir. Penerbangan dijadualkan semula dan berlepas pada jam 2.50 petang. Sejam kemudian kami tiba di KLIA2 dan terus memasuki laluan transit untuk ke Yangon.

Penerbangan ke Yangon juga mengalami kelewatan dan dijadualkan semula penerbangannya ke jam 5.45 petang. Penerbangan sebenar berlepas pada jam 6.20 petang.

Terbang meninggalkan KLIA2

Sepanjang penerbangan ke Yangon tiada apa yang boleh dibuat selain makan dan baca majalah 3sixty yang telah berulang kali dibaca. Boring dan tertidur.

Kami tiba di Yangon International Airport sekitar 7.20 malam waktu tempatan di Yangon. Beza waktu antara Malaysia dengan Yangon ialah 1 jam 30 minit. Oleh itu, kita perlu setkan masa mengundur 1 jam 30 minit kebelakang apabila tiba di Myanmar.

Yangon International Airport

Kami sewa teksi untuk ke penginapan di pusat bandaraya Yangon dengan bayaran Kyat 8000 @ RM25.00.

Teksi ke penginapan

Jarak Yangon International Airport dengan pusat bandar Yangon lebih kurang 15km dan mengambil masa perjalanan lebih 30 minit bergantung kepada keadaan trafik. Kami sampai dan diturunkan betul-betul dihadapan penginapan kami yang telah ditempah lebih awal di Booking.com iaitu Okinawa Guest House. Jam menunjukkan pukul 10.00 malam. Kami dijemput masuk oleh petugas penginapan dan terus melakukan pendaftaran masuk.

Okinawa Guest House

Selesai daftar masuk, kami keluar sebentar ke kedai runcit untuk membeli beberapa barangan keperluan. Dalam perjalanan ke kedai runcit, kami terlihat sebuah pagoda, Sule Pagoda. Sebenarnya, Okinawa Guest House terletak sangat berhampiran dengan Sule Pagoda. Sule Pagoda merupakan tarikan utama pelancong di kota Yangon.

Sule Pagoda

Sepanjang jalan raya berhampiran Sule Pagoda, banyak orang berjualan makanan ditepi jalan raya. Kami hanya melihat-lihat sahaja makanan yang dijual. Apapun yang paling menarik perhatian kami ialah kebanyakan orang disini tidak kira lelaki atau perempuan menampal bedak tebal pada muka mereka (bedak tanaka). Agak pelik tapi benar.

Orang berjual ditepi jalan raya

Selesai membeli barang keperluan, kami kembali ke penginapan. Kena berhati-hati ketika berjalan kaki di Yangon kerana banyak ludah berwarnah merah bersepah disepanjang jalan. Ludah merah ni disebabkan tabiat mereka yang suka mengunyah sirih dan meludah merata tempat. Yakkkk...!

Kembali ke penginapan

Keutamaan kami pada hari esok ialah pergi ke Shwedagon Pagoda.

Bersambung...

Gaya Paling Unik Patung Yesus Memberkati Setinggi 50 Meter Ada Di Manado Indonesia


Monumen atau patung Yesus Memberkati terletak di jalan Ring Road kompleks Citraland Winangun, Kota Manado, daerah Sulawesi Utara. Monumen ini berada di ketinggian 60 meter dari paras laut. Tinggi patung sahaja ialah 30 meter, tinggi tiang penyangga 20 meter dan secara keseluruhan monumen ini berketinggian 50 meter. Dengan ketinggiannya, monumen Yesus ini dinobatkan sebagai patung Yesus kedua tertinggi di Asia dan termasuk dalam senarai antara yang tertinggi di dunia.

Monumen ini menjadi salah satu ikon pelancongan keagamaan utama di Manado. Uniknya, monumen ini mempunyai kecondongan 35 darjah sehingga patung Yesus ini kelihatan seperti melayang dengan posisi tangan terangkat. Dengan posisi kedua tangan terangkat ke atas, terlihat seperti Yesus sedang memberkati Kota Manado yang berada di depannya.

Seluruh bahagian patung dicat putih. Di sekitar lokasi terdapat empat buah patung malaikat berukuran kecil menggambarkan malaikat penjaga. Keadaan ini memberi kesan damai bagi setiap pengunjung yang berkunjung. 

Untuk ke monumen, terdapat 200 anak tangga bagi memudahkan pengunjung mendaki setinggi 38 meter dari pintu masuk menuju ke lokasi patung Yesus. Setelah keletihan menempuh pendakian, pengunjung tidak hanya melihat dari dekat kemegahan patung Yesus, tapi pengunjung juga akan menikmati pemandangan Kota Manado yang indah terletak jauh di dataran rendah. Setiap hari, ratusan pengunjung tempatan dan asing datang mengunjungi patung Yesus Memberkati ini.

Taman Geologi UNESCO Gunung Rinjani, Lombok

Gunung Rinjani yang berketinggian 3,726 meter dari aras laut merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia selepas gunung berapi Kerinci.


Gunung Rinjani terletak di pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat dalam kawasan Taman Nasional Gunung Rinjani. Taman nasional ini diiktiraf oleh UNESCO sebagai taman geologi di Indonesia.

Di puncak gunung Rinjani terdapat kaldera yang sangat besar dikenali sebagai Segara Anak dan gunung kecil iaitu Gunung Baru di bahagian tengahnya. Pemandangan di puncak Rinjani sangat indah sebagai upah selepas penat lelah mendaki ke puncak. Selain itu, terdapat kolam air panas yang mungkin merupakan kolam air panas tertinggi di Indonesia. Suhu di puncak Rinjani sangat sejuk dan boleh mencapai sehingga 4 darjah celsius

Pendakian ke puncak gunung Rinjani boleh dimulakan dari dua tempat iaitu pintu Senaru dengan ketinggian 600 meter dari aras laut dan pintu Sembalun dengan ketinggian 1150 meter dari aras laut. Kebanyakan pendaki memilih Pintu Sembalun kerana lebih dekat ke puncak dan kurang memenatkan.

Patung Yesus Tertinggi Di Dunia Kini Ada Di Indonesia


Patung "Tuhan Yesus Memberkati" yang berdiri secara keseluruhan setinggi 40 meter di puncak bukit Buntu Burake menghadap Kota Makale. Patung ini disebut-sebut menjadi patung Yesus yang tertinggi di dunia mengalahkan patung Yesus Sang Penebus di Rio de Janeiro, Brazil kerana terletak pada ketinggian 1100 meter dari paras laut.

Pada masa akan datang, kawasan ini akan dilengkapi bangunan teater, tempat berdoa, serta lif setinggi 300 meter dari kaki bukit. Jambatan kaca akan dibina bagi membolehkan pengunjung melihat ke lembah. Selain itu, kereta kabel juga akan dibina untuk menghubungkan bukit-bukit di sekitarnya.

Walaupun hanya akan dirasmikan pada akhir tahun 2017, patung Yesus yang dikatakan tertinggi di dunia ini telah dikunjungi lebih dari 1 juta orang sejak dibuka kepada orang awam pada pertengahan tahun 2015.

Pallawa - Traditional House Of Tana Toraja

Located at 12 Km to the north of Rantepao, Pallawa is a traditional house of Tana Toraja which is built with bamboo structures then the arch-shaped roof is built like boats. This traditional house has 2 functions as a kitchen and bedroom. Then, at the front part of the house is a buffalo arranged neatly. The charm of Pallawa lies on the art and culture stored in Tana Toraja tribal house. So, don’t be surprised if tourists make Pallawa as one of their destinations in North Sulawesi. -torajaonestopadventure


Kampung ini terletak di Utara Toraja dalam daerah Sulawesi Selatan. Suatu ketika dahulu, Pallawa mengamalkan tradisi karnibal. Jika berlaku perang antara kampung, mereka yang terkorban, dagingnya akan dimakan, dan darahnya akan diminum. Namun, seiringan dengan peredaran waktu, ketua adat suku Toraja menghapuskan tradisi makan daging manusia dan menggantikannya dengan makan daging ayam yang dikenali dengan nama Pallawa manuk. Oleh itu, apabila anda berminat untuk berkunjung kesana, tak perlu risau lagi.

Saturday, July 29, 2017

Singapore 02: Tidak Lengkap Dan Sah Jika Tidak Ke Pulau Sentosa

7 Dis 2016 - Hari kedua dan juga menjadi hari yang terakhir di Singapura.

Aktiviti pada hari ini:- Berkunjung ke pulau Sentosa pada sebelah pagi. Check out hotel selewat-lewatnya pada jam 11.00 pagi seterusnya ke Changi Airport. Menaiki penerbangan Airasia dari Changi Airport ke KLIA2 (Berlepas 2.05 petang - Mendarat 3.10 petang) seterusnya menaiki penerbangan Airasia X dari KLIA2 ke Yangon International Airport, Myanmar (Berlepas 5.20 petang - mendarat 6.25 petang waktu di Yangon).

Seawal 7.30 pagi kami keluar dari hotel untuk menuju ke destinasi terakhir kami di Singapura iaitu pulau Sentosa. Orang bilang kalau melancong ke Singapura tidak lengkap dan sah kalau tidak ke pulau Sentosa. Di pulau inilah letaknya globe Universal Studios yang terkenal tu. Wajib ke pulau Sentosa ok!

Cosy Hotel

Ada beberapa cara untuk ke pulau Sentosa. Kami memilih untuk menaiki train. Perjalanan kami ke pulau Sentosa bermula di Stesen MRT Outram Park kerana penginapan kami berhampiran dengan stesen ini. Kami menaiki MRT laluan north east line dan turun di Stesen HarbourFront yang terletak di kompleks membeli belah VivoCity. Untuk ke pulau Sentosa, kami menggunakan Sentosa Express Sky Train yang terletak di Sentosa Station, VivoCity tingkat 3 dari exit E dengan membayar tiket SGD $4 seorang. Tiket ini untuk perjalanan pergi ke pulau Sentosa dan balik semula ke VivoCity.

Sentosa Express Sky Train beroperasi setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Train ini merupakan salah satu sistem pengangkutan yang menghubungkan pulau utama Singapura dengan pulau Sentosa. Seperti yang saya katakan sebelum ni, segala-galanya sangat mudah di Singapura terutama sistem pengangkutannya yang cekap.


Ada tiga stesen sky train di pulau Sentosa iaitu hentian pertama di Waterfront Station, hentian kedua Imbiah Station dan yang ketiga Beach Station. Kami turun di hentian ketiga pada jam 8.00 pagi. Semasa kami tiba, suasana masih lengang dan kebanyakan permis masih belum beropersi. Kebanyakan permis akan memulakan operasi pada jam 10.00 pagi.

Apapun niat kami ke pulau Sentosa hanyalah untuk memenuhi kewajipan dan mengesahkan bahawa kami telahpun "benar-benar" tiba di Singapura. Lagipun kami tidak boleh lama disini kerana kami perlu check out dari hotel selewat-lewatnya pada jam 11.00 pagi. Dengan masa yang sangat terhad, kami berjalan-jalan di sekitar Palawan Beach, Sentosa Merlion dan Universal Studios sahaja.

Palawan Beach

wefie

Masih lengang - Beach Station

Sentosa Merilon

Lake of Dreams la sangat

Suasana masih lengang

Candylicious

Hard Rock Cafe Sentosa

Universal Studios

Sekitar jam 9.40 pagi kami pun meninggalkan pulau Sentosa dengan menaiki Sky Train dari Waterfront Station. Waterfront Station ni berhampiran dengan Universal Studios. Seperti yang saya katakan sebentar tadi, tiket sky train untuk perjalanan pergi dan balik...jadi tak perlu beli tiket untuk kembali ke Sentosa Station di VivoCity.

Sky Train ke Sentosa Station

Tiba di hotel, kami bersiap dan check out pada jam 10.30 pagi. Sekali lagi ke Stesen MRT Outram Park dan menaiki train laluan east west line menuju ke Changi Airport.

Changi Airport

Kami tiba dia Changi Airport sekitar 11.40 pagi. Mengisi perut dan rehat sementara menanti penerbangan Airasia ke KLIA2 pada jam 2.05 petang. Setibanya kami di KLIA2 nanti, kami akan meneruskan pula penerbangan dengan Airasia X ke Yangon, Myanmar pada jam 5.20 petang.

Singapura merupakan negara destinasi pertama kami dalam Golden Triangle Grand Trip 2016. Secara keseluruhannya, melancong ke Singapura masih berbaloi walaupun dalam tempoh yang sangat singkat. Bagi kami cukup sekadar "sah" menjejaki kaki di pulau yang terletak di bahagian hujung selatan Semenanjung Malaysia. Apa yang penting ialah pengalaman dan gambar untuk dibawah pulang.

~Tamat~