Sunday, July 23, 2017

6 Lokasi pelancongan terbaru di Indonesia yang pasti meletup popular sepanjang tahun 2017

Berikut merupakan 6 lokasi pelancongan terbaru di Indonesia yang pasti meletup popular di tahun 2017:

1. Camoi Aek Biru


Danau biru nan indah bekas galian lombong timah namanya Camoi Aek Biru.

Lokasi: Berada di Desa Air Bara, Kecamatan Air Gegas, Kabupaten Bangka Selatan, Provinsi Kepulauan Bangka Belitung.

2. Jambatan Cinta Pring Wulung


Jambatan Cinta Pring Wulung dibina ditengah-tengah sawah padi ditemani udara nan sejuk. Jambatan Cinta Pring Wulung berbentuk hati (love) dan diperbuat daripada bambu Pring Wulung, kerana itulah jambatan ini dinamakan Jambatan Cinta Pring Wulung.

3. Pulau Kelor


Keistimewaan Pulau Kelor adalah pasir pantainya yang berwarna putih ditambah dengan adanya binaan peninggalan sejarah pada zaman kolonial Belanda. Menariknya, Pulau Kelor pernah dijadikan lokasi pernikahan artis Atiqah Hasiholan dan Rio Dewanto.

Lokasi: Kepulauan Seribu.

4. Kampung Warna-warni Jodipan


Kampung yang berwarna-warni umpama “kota pelangi” ini menjadi lokasi paling digemari untuk bergambar ketika berkunjung ke Malang.

Lokasi: Jl. Juanda Gang I Kelurahan Jodipan, Kecamatan Blimbing, Malang.

5. Puthuk Mongkrong


Puthuk Mongkrong memiliki ketinggian sekitar 624 meter dari aras laut dengan keistimewaan sunrise dan sunset. Berada di Puthuk Mongkrong, kamu akan terasa seolah “melayang” di atas awan.

Lokasi: Punthuk Mongkrong terletak di Desa Giritengah, Borobudur, Magelang, Jawa Tengah.

6. Jurang Tembelan


Jurang Tembelan menjadi salah satu tempat tarikan pelancongan di Indonesia yang popular pada tahun 2016. Jurang Tembelan memiliki potensi pelancongan yang menjanjikan pemandangan Kebun Buah Mangunan dan Sungai Elo.

Lokasi: Terletak di Dukuh Kanigoro, Mangunan, Bantul, Yogyakarta.

Jadi, yang mana satu yang ingin kamu kunjungi?

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon