Saturday, July 22, 2017

Sri Lanka: The Pearl of The Indian Ocean

Hai!

Dimulakan cerita, saya dan wife telah melakukan perjalanan secara backpacker ke Sri Lanka semasa cuti sekolah pertengahan penggal pada bulan Mac lepas. Perjalanan selama 5 hari 4 malam bermula 18 hingga 22 Mac 2017.

Layan dulu gambar-gambar yang didatangkan khas dari Sri Lanka.

Kandy Lake

Sigiriya Rock

Galle Fort

Unawatuna Beach

Colombo

Galle Face Green

Lawa tak?

Nah.. saya kongsikan ringkasan itinerary, budget dan tips untuk korang jadikan panduan.

Peta Sri Lanka

Ini dia perjalanan kami di Sri Lanka

Perjalanan Kami

Itinerary

Day 1: Dari Kota Kinabalu International Airport (KKIA) ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan sambung terbang ke Bandaranayake International Airport (Sri Lanka) dan bermalam di Sun Hup Hotel, Katunayaka.

Day 2: Check out awal subuh dan terus ke Negombo Bus Terminal. Naik bas ke Kandy dan menginap di Meili Lanka City Hotel, Kandy.

Day 3: Bertolak awal pagi menaiki bas dari Kandy ke Sigiriya. Kembali semula ke Kandy dan menginap di Meili Lanka City Hotel, Kandy.

Day 4: Check out dan naik bas ke Colombo. Tiba di Colombo dan meneruskan perjalanan menggunakan bas ke Galle. Menginap di New Old Dutch House, Galle Fort.

Day 5: Check out dan menaiki train ke Colombo dan meneruskan perjalanan menggunakan bas ke Bandaranayake International Airport. Terbang pulang ke Malaysia.

Perjalanan 5 hari 4 malam yang penuh mencabar dalam tempoh masa yang singkat. Singkat kerana masa banyak terbuang di atas jalan raya. Contohnya, perjalanan menaiki bas dari Negombo ke Kandy sejauh 70km mengambil masa perjalanan lebi kurang 3 jam.

Tidak semua tempat dapat dilawati walaupun perjalanan sudah dirancang dengan baik. Untuk korang yang merancang ke Sri Lanka, pastikan Kandy, Sigiriya dan Galle Fort dimasukkan dalam itinerary korang.

Budget

Budget tak la mahal sangat;
Penginapan - RM414.00
Pengangkutan - RM147.00
Makan/Minum - RM400.00
Tiket Flight - RM2199.00
Keseluruhan: RM3160.00

Kos keseluruhan ni untuk dua orang. Murah kan? Haha..tapi kos tu tak termasuk perbelanjaan lain seperti tiket masuk UNESCO site, shopping, berjoli dan lain-lain yang korang boleh fikir sendiri. Kira punya kira kosnya dalam RM4500.00 juga la untuk dua orang.

Tips untuk korang

1. Tambang pengangkutan awam sangat murah terutamanya bas tapi korang kenalah bersedia dengan tahap kesesakan yang melampau dan tak beraircond. Tuk-tuk agak mahal sikit tambangnya sebab tuk-tuk ni kalau di Sri Lanka ialah teksi, tu sebab mahal. Nak guna tuk-tuk pastikan tanya harga dulu dan kedua-dua pihak bersetuju dengan harga dan destinasi dituju.

2. Korang boleh cuba guna train sebagai pilihan untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Tambang juga agak murah, perjalanan lancar dan mengambil masa perjalanan yang lebih singkat banding guna bas.

3. Harga barangan dan penginapan agak berpatutan. Disarankan hotel ditempah awal, saya tempah melalui Booking.com.

4. Makanan lebih kepada citarasa “keindiaan”..diingatkan korang kena makan ikut masa yang betul. Orang Sri Lanka ni mempunyai disiplin makan yang tinggi. Contohnya, jika korang terlewat makan tengah hari, jangan harap korang dapat makan “makanan tengah hari” selepas pukul 2.00pm. Begitu la juga dengan masa makan yang lain. Kepada mereka yang beragama Islam, tiada masalah untuk mendapatkan makanan halal disini.

5. Wang Ringgit (RM) tidak dijual beli di Sri Lanka. Oleh itu korang kena tukar RM kepada USD$ sebelum terbang ke Sri Lanka. Apabila sampai di Sri Lanka boleh tukar USD$ kepada Sri Lanka Rupee (LRK) di Airport.

6. Rakyat Malaysia perlukan Visa untuk ke Sri Lanka. Visa boleh apply apabila tiba di Bandaranayake International Airport tapi sangat-sangat disarankan untuk apply Visa secara online di ETA Sri Lanka sebelum terbang untuk mengelakkan sebarang masalah dan kesulitan. Visa secara online USD$30 dan di Airport USD$35.

7. Tiket masuk untuk UNESCO site agak mahal. Contohnya; tiket masuk ke tinggalan kota lama Sigiriya berharga USD$30 seorang.

8. Penduduk Sri Lanka agak mesra dan sedia membantu korang. Dari segi bahasa rasanya tiada masalah kerana kebanyakan mereka boleh berbahasa inggeris. Cuma korang kena berhati-hati dengan tahap kemesraan orang tertentu seperti pengusaha tuk-tuk..ada kemungkinan mereka cuba menipu korang dengan mengenakan tambang yang agak mahal banding harga sebenar.

So..sebelum bercerita lebih panjang, pengalaman melancong secara backpacker ke Sri Lanka adalah berbaloi dan saya cadangkan korang pergi untuk menikmati sendiri perjalanan yang agak mencabar dan tidak mungkin terlupakan.

Thanks Sri Lanka!

Artikel Terkait

This Is The Oldest Page


EmoticonEmoticon