Pada bulan Disember 2016 yang lepas, saya, wife dan anak perempuan berumur 6 tahun telah melakukan perjalanan untuk menjayakan misi menakluki baki tiga negara dalam ASEAN yang belum pernah dijejaki. Perjalanan memakan masa 17 hari 16 malam di empat buah negara ASEAN iaitu Singapore, Myanmar, Thailand dan Loas. Thailand merupakan negara transit sahaja, kami perlu melalui Thailand kerana kami menggunakan pengangkutan darat dari Myanmar ke Laos. Untuk pengetahuan, kami telah beberapa kali memasuki Thailand sejak lama dahulu.
Apapun kamu layan la dulu gambar-gambar yang didatangkan khas dari lokasi yang telah kami kunjungi.
Singapore: Island at the end of the Malay Peninsula.
Marina Bay Sands |
Singapore skyline |
Merlion Park |
Gardens by the Bay |
Universal Studios |
Myanmar: Home of the thousand pagodas.
Shwedagon Pagoda |
Shwedagon Pagoda |
Sule Pagoda |
Independence Monument |
Saint Mary's Cathedral |
The High Court Building |
Thailand: Variety of foods.
White Temple |
Blue Temple |
The Black House |
Long Neck Karen Village |
Choui Fong Tea Plantation |
Wat Chet Yot |
Thailand < | > Myanmar border |
Tachilek, Myanmar |
The Golden Triangle |
The Golden Triangle |
Sunset (Mea Sai) |
Laos: Simply beautiful.
Slow Boat (Houay Xai) |
Sunset (Houay Xai) |
Pak Beng |
Sunset (Pak Beng) |
Luang Prabang |
Kuang Si Falls |
Kuang Si Falls |
Alms Ceremony ~ Luang Prabang |
Panorama of Luang Prabang |
The Plain of Jars, Phonsavan |
Tham Piu Cave, Phonsavan |
Hmong Village, Phonsavan |
Refashion war scrap ~ Hmong Village |
Bomb Craters, Phonsavan |
Patuxai, Vientiane |
Buddha Park |
Pha That Luang |
Sunset (Vientiane) |
Saya kongsikan ringkasan itinerary, budget dan tips sebagai panduan.
![]() |
Perjalanan kami |
Itinerary
Perjalanan kami berkonsepkan backpacker dengan budget rendah bermula dari rumah UCA2, Menggatal, Sabah ke Kuala Lumpur pada 6hb Disember 2016. Perjalanan kami seperti berikut;
6 Dis 2016 - Penerbangan MAS dari KKIA ke KLIA (Berlepas 5.00 pagi - Mendarat 7.25 pagi) seterusnya menaiki penerbangan Airasia dari KLIA2 ke Changi Airport (Singapore) (Berlepas 1.25 petang - Mendarat 2.30 petang). Berjalan-jalan di sekitar Chinatown, Little India, Singapore Flyer, Marina Bay, Clarke Quay dan Garden by the Bay. Menginap di Hotel 81 Cosy, Singapore.
7 Dis 2016 - Berkunjung ke pulau Sentosa pada sebelah pagi. Check out 11.00 pagi seterusnya ke Changi Airport. Menaiki penerbangan Airasia dari Changi Airport ke KLIA2 (Berlepas 2.05 petang - Mendarat 3.10 petang) seterusnya menaiki penerbangan Airasia dari KLIA2 ke Yangon International Airport, Myanmar (Berlepas 5.20 petang - Mendarat 6.25 petang waktu di Yangon). Menginap di Okinawa Guest House, Yangon, Myanmar selama dua malam; Check in 7 Dis, Check out 9 Dis. Meneroka bandaraya Yangon terutamanya Shwedagon Pagoda.
9 Dis 2016 - Check out 1.00 petang, seterusnya menuju ke Aung Mingalar Bus Station. Menaiki bas dari Aung Mingalar Bus Station ke Myawaddy Highway Bus Station (Sempadan Myanmar-Thailand) (Bertolak 9.30 malam - sampai 8.30 pagi, 10 Dis 2016). Perjalanan sepanjang malam-tidur dalam bas.
10 Dis 2016 - 8.30 pagi, tiba di Myawaddy Highway Bus Station (Sempadan Myanmar-Thailand) seterusnya melalui pemeriksaan di sempadan Myanmar-Thailand. Memasuki sempadan Thailand di Mae Sot dan menaiki bas ke Tak. Menaiki bas dari Tak ke Chiang Mai (Bertolak 1.00 petang - Sampai 4.30 petang) seterusnya menaiki bas dari Chiang Mai ke Chiang Rai (Bertolak 6.00 petang - Sampai 10.30 malam). Menginap di Baan Bua Homestay, Chiang Rai, Thailand selama dua malam; Check in 10 Dis, Check out 12 Dis. Mengunjungi tempat menarik di Chiang Rai dan ke sempadan Thailand (Mae Sai) dengan Myanmar (Tachilek).
12 Dis 2016 - Check out 7.30 pagi. Dari Old Bus Station, Chiang Rai ke New Friendship Bridge 4 (Sempadan Thailand-Laos) (Bertolak 9.00 pagi - Sampai 11.20 pagi) seterusnya melalui pemeriksaan di sempadan Thailand-Laos. Memasuki sempadan Laos. Menaiki tuk-tuk dari Lao Border Control ke Houay Xai (Bertolak 12.20 tengah hari - Sampai 12.50 tengah hari). Menginap di Oudomsin Hotel, Houay Xai, Laos.
13 Dis 2016 - Check out 10.00 pagi. Menaiki Slow Boat dari jeti Slow Bot Houay Xai ke Pak Beng (Bertolak 1.00 petang - Sampai 6.30 petang). Menginap di Donevilasack Guest House, Pak Beng, Laos.
14 Dis 2016 - Check out 8.00 pagi. Menaiki Slow Boat dari Pak Beng ke jeti Slow Boat Luang Prabang (Bertolak 11.00 pagi - Sampai 6.00 petang). Menginap di Pathoum Phone Guesthouse, Luang Prabang, Laos selama tiga malam; Check in 14 Dis, Check out 17 Dis. Berkunjung ke Kuang Si Waterfall dan meneroka UNESCO site Luang Prabang.
17 Dis 2016 - Check out 10.00 pagi. Menaiki bas dari Stesen Bas Luang Prabang ke Stesen Bas Phonsavan, Phonsavan (Bertolak 11.00 pagi - Sampai 6.00 petang). Menginap di Kongkeo Guesthouse, Phonsavan, Laos selama dua malam; Check in 17 Dis, Check out 19 Dis. Berkunjung ke the Plain of Jars dan Hmong Village.
19 Dis 2016 - Check out 7.30 pagi. Menaiki bas dari Phonsavan ke Vientiane, Laos (Bertolak 9.00 pagi, Sampai 9.30 malam). Menginap di Vientiane Star Hotel selama tiga malam; Check in 19 Dis, Check out 22 Dis. Berkunjung ke Patuxai/ Victory Gate dan Buddha Park.
22 Dis 2016 - Check out 6.30 pagi seterusnya ke Wattay International Airport, Vientiane. Menaiki penerbangan Airasia dari Wattay International Airport ke KLIA2 (Berlepas 8.45 pagi - Mendarat 12.40 tengah hari) seterusnya menaiki penerbangan MAS dari KLIA ke KKIA (Berlepas 9.15 petang - Mendarat 11.50 malam). Tiba di rumah UCA2, Menggatal pukul 1.30 pagi 23 Dis 2016.
Budget
Kos keseluruhan tidaklah tinggi sangat;
1. Penginapan: RM1383.78
2. Makan & Minum: RM2040.00
3. Pengangkutan: RM1534.94
4. Flight: RM3415.70
Keseluruhan: RM8374.42
Perincian kos mengikut negara tidak termasuk flight:
1. Singapore: RM537.24
2. Myanmar: RM836.13
3. Thailand: RM861.95
4. Laos: RM2723.40
Keseluruhan: RM4958.72
Kami membawa tunai sebanyak RM5500.00 dalam tangan iaitu tambahan lebih kurang RM541.28 untuk keperluan lain. Tiket flight berjumlah RM3415.70 telahpun dibeli sebulan lebih awal. Kos keseluruhan termasuk tambahan RM541.28 ialah RM8915.70. Kos tersebut merupakan kos untuk tiga orang selama 17 hari 16 malam di luar negara.
Tips
Singapore: Perjalanan yang mudah dan mesra untuk pelancong Malaysia. Tidak memerlukan visa bagi pelancong Malaysia. Negara pulau yang bersaiz kecil di selatan Semenanjung Malaysia dengan status ekonomi negara maju. Kemudahan pengankutan sangat baik dan cekap. Bahasa penghantar utama ialah bahasa Inggeris. Kos hidup sangat tinggi. Pelancong Malaysia tidak perlukan visa untuk memasuki Singapore. Free Visa 30 days.
Myanmar: Destinasi kurang popular. Negara bersempadan darat dengan Bangladesh di bahagian barat, India dan China di bahagian utara, Laos dan Thailand di bahagian timur. Berlaku kekacauan sama ada masalah kaum, agama dan puak pemisah di beberapa bahagian dalam negara. Sebahagian kawasan ditutup kepada orang asing. Walau bagaimanapun masih selamat untuk dikunjungi. Sentiasalah mengikuti perkembangan semasa sebelum bertolak ke Myanmar. Visa in Advance 28 days.
Thailand: Destinasi popular rakyat Malaysia. Terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Berlaku kekacauan di bahagian selatan Thailand tapi secara keseluruhannya masih selamat untuk dikunjungi. Visa on Arrival 30 days.
Laos: Semakin popular sebagai destinasi pelancong dalam kalangan rakyat Malaysia. Negara tanpa laut yang dikelilingi sempadan darat pelbagai negara seperti Thailand, Myanmar, China, Kemboja dan Vietnam. Pelancong Malaysia tidak perlukan visa apabila memasuki Laos. Free Visa 30 days.
Secara keseluruhannya, melancong secara backpacker ke empat buah negara selama 17 hari 16 malam sangat mencabar dan meletihkan tapi sangat-sangat berbaloi dengan kos yang rendah. Sesuai untuk ahli rombongan kecil yang tidak cerewet dan bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang perjalanan. Berkeupayaan untuk menukar plan sedia ada pada saat akhir jika perlu; wajib ada plan B dan C.
Perjalanan ini kami namakan sebagai Golden Triangle Grand Trip!
Sila baca selengkapnya disini:
Singapura 01: Lepak Santai Di Kota Singa Yang Menakjubkan
Singapura 02: Tidak Lengkap Dan Sah Jika Tidak Ke Pulau Sentosa
Myanmar 01: Terbang Dari Singapura Ke Yangon
Myanmar 02: Shwedagon Pagoda ~ Mahkota Emas Burma Yang Menakjubkan
Myanmar 03: Bogyoke Aung San Market Dan Mahabandoola Park
Myanmar 04: Jelajah Kota Yangon
Myanmar 05: Selamat Tinggal Yangon
Myanmar 06: Perjalanan Menaiki Bas Sepanjang Malam Ke Myawaddy
Thailand 01: Sehari Perjalanan Darat Dari Mae Sot Ke Chiang Rai
Thailand 02: Chiang Rai dan Mae Sai
Thailand 03: Chiang Rai Ke Chiang Khong
Sila baca selengkapnya disini:
Singapura 01: Lepak Santai Di Kota Singa Yang Menakjubkan
Singapura 02: Tidak Lengkap Dan Sah Jika Tidak Ke Pulau Sentosa
Myanmar 01: Terbang Dari Singapura Ke Yangon
Myanmar 02: Shwedagon Pagoda ~ Mahkota Emas Burma Yang Menakjubkan
Myanmar 03: Bogyoke Aung San Market Dan Mahabandoola Park
Myanmar 04: Jelajah Kota Yangon
Myanmar 05: Selamat Tinggal Yangon
Myanmar 06: Perjalanan Menaiki Bas Sepanjang Malam Ke Myawaddy
Thailand 01: Sehari Perjalanan Darat Dari Mae Sot Ke Chiang Rai
Thailand 02: Chiang Rai dan Mae Sai
Thailand 03: Chiang Rai Ke Chiang Khong
EmoticonEmoticon