Monday, July 31, 2017

Gunung Bromo - Gunung Berapi Aktif Bagaikan Pulau Diatas Awan


Gunung Bromo merupakan salah satu gunung berapi yang masih aktif di Jawa Timur, Indonesia dengan ketinggian 2,329 meter dari aras laut. Gunung ini berada didalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Statusnya yang masih aktif menjadi tarikan pelancong.

“Bromo” berasal dari kata “Brahma” iaitu salah satu dewa hindu. Masyarakat beragama hindu sekitar gunung Bromo akan merayakan festival Yadnya Kasada atau Kasodo sekali setahun dengan memberi persembahan seperti sayuran, ayam, dan wang kepada dewa dan dibuang ke dalam kawah gunung Bromo. Upacara ini dijalankan sebagai tanda kesyukuran.

Terdapat beberapa tarikan pelancongan didalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru seperti Kawah Gunung Bromo, Bukit Teletubies, Pasir Berbisik, Gunung Penanjakan, Kebun Strawberry dan kebudayaan penduduk tempatan di sekitar Gunung Bromo.

Dari puncak Gunung Penanjakan pada ketinggian 2,770 meter dari aras laut, para pelancong dapat menyaksikan matahari terbit dengan pemandangan Bromo yang sangat menakjubkan. Keindahan Gunung Bromo yang luar biasa menjadi tarikan utama pelancong berkunjung kesini.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar