Saturday, July 22, 2017

Sri Lanka 03: Kandy Tapak Warisan Dunia

Setelah menempuh perjalanan yang panjang, kami tiba di bandar Kandy dengan selamatnya. Perkara yang terlintas dalam fikiran ialah mencari hotel yang telah ditempah lebih awal. Check in dan rehatkan diri sebelum memulakan penerokaan bandar Kandy.

Untuk ke hotel, kami menggunakan perkhidmatan tuk-tuk. Tambang LKR150. Jarak dari stesen bas dengan hotel tidaklah jauh, boleh jalan kaki sahaja tapi mungkin disebabkan baru terjaga dari tidur sepanjang perjalanan, kami kebingungan sebentar dengan keadaan di sini.

Tepat jam 10.30 pagi kami tiba di Meili Lanka City Hotel yang telah ditempah melalui Booking.com. Kami menginap di hotel ini selama 2 malam. Highly recomended, bersih dan staff yang mesra.

Malangnya kami sampai terlalu awal dan pihak hotel hanya dapat menawarkan bilik pada jam 12.00 tengah hari. Sebagai pelanggan bertaraf Genius dalam Booking.com Kami dibenarkan check in lebih awal cuma bilik belum tersedia. Oleh itu, kami memutuskan untuk meninggalkan beg di lobi dan keluar sebentar mencari restoran untuk mengisi perut.

Agak banyak juga restoran di sini, tapi memandangkan semuanya berasaskan kari maka kami bercadang untuk melihat-lihat dulu. Kami memutuskan untuk masuk ke salah sebuah restoran untuk melihat makanan yang telah siap dimasak. Ada juga list menu yang boleh dipilih untuk dimasak. Kami order Masala Dosa.

Masala Dosa

Masa makan di Sri Lanka sangat on time. Disebabkan kami tiba sebelum masa makan tengah hari maka pilihan makanan untuk tengah hari belum banyak.

Kebanyakan restoran di sini menawarkan menu vegetarian yang agak pedas serta bebas pork. Sebenarnya, ada juga KFC, Pizza dan restoran masakan cina dan western pun disini. Bagi yang beragama Islam, terdapat beberapa restoran halal berdekatan dengan masjid. Ada beberapa buah masjid disini.

Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah hari, kami kembali ke hotel untuk check in dan rehat sebentar. Bilik ok, katil lengkap dengan kelambu, bersih, dilengkapi tv, alat memasak air, gelas, kopi dan teh.

Kami merehatkan diri sejam dua sebelum memutuskan untuk keluar menerokai bandar Kandy.

Sekitar pukul 2.00 petang, kami keluar dan berjalan kaki sambil melihat-lihat bangunan dan pemandangan di sini. Bangunan di sini masih kekal dengan ciri-ciri lama. Ada beberapa bangunan yang telah dibaikpulih dan dicat semula dengan warna yang menarik.

Church

Masjid

Pasar kain

Bangunan bank

Bangunan di atas bersebelahan dengan pasar kain. Terdapat juga mini market, restoran chinese food dan KFC di sepanjang deretan bangunan ini. Jika meneruskan jalan ke arah kiri anda, maka anda akan sampai ke tasik Kandy.

Jom ke tasik Kandy!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar