Sunday, July 23, 2017

Kolam Mandi Air Panas Di Kalimantan Selatan

Kalimantan Selatan merupakan wilayah di Indonesia yang terletak di bahagian selatan pulau Borneo. Wilayah ini tidaklah begitu terkenal sebagai destinasi pelancongan sepertimana destinasi pelancongan yang lain di Indonesia seperti pulau Bali. Walaupun begitu, terdapat beberapa lokasi pelancongan yang menarik di Kalimantan Selatan seperti kolam mandi air panas. Terdapat dua kolam air panas yang terkenal disini. 

Nak tau apakah kolam air panas tersebut? 

1. Air Panas Tanuhi

Kolam renang utama

Cottage

Air Panas Tanuhi merupakan salah satu tarikan pelancongan yang terletak di lembah pergunungan Loksado, Kabupaten Hulu Sungai Kalimantan Selatan. Jarak air panas tersebut dari pusat kota Kandangan sekitar 34 km. Pengunjung sangat mudah untuk sampai ke lokasi tersebut kerana dihubungi oleh jalan raya yang baik. Air Panas Tanuhi ini dilengkapi Cottage Type A dan B, pondok, dewan mini, kolam renang, kolam berendam, kafeteria, gelangang tenis dan taman permainan kanak-kanak.

Air Panas Tanuhi memiliki 3 buah kolam mandi air panas dengan tahap suhu airnya yang berbeza-beza. Pengunjung disarankan berendam di kolam pertama terlebih dahulu iaitu kolam terpanjang dengan suhu sederhana untuk menyesuaikan diri dengan suhu air panas. Kolam kedua berukuran lebih kecil, namun mempunyai suhu air panas yang paling tinggi. Kolam ketiga pula merupakan kolam paling dalam dengan suhu air yang sejuk. Perubahan suhu air akan menjadikan badan kita rasa relaks dan selesa.

2. Air Panas Hantakan

Kolam berendam

Kolam air panas agak berlumut dan kelihatan berwarna kehitaman.

Terletak kira-kira 14 km dari Kota Barabai, Kabupaten Hulu Sungai Tengah. Perjalanan ke Air Panas Hantakan sangat lancar kerana terdapat jalan penghubung yang baik. Walau bagaimanapun, untuk sampai betul-betul di air panas ini, pengunjung perlu berjalan kaki sekitar beberapa ratus meter dari jalan raya utama kerana jalan menuju kolam air panas ini hanyalah titian papan kayu dan tidak boleh dimasuki kenderaan.

Apapun, jangan terkejut apabila melihat keadaan kolam air panas yang dipenuhi lumut dan air berwarna hitam kerana itu dikatakan sebagai "lumpur" yang baik untuk terapi. Terdapat 3 kolam. Kolam pertama dengan suhu air panas biasa, kolam kedua dengan suhu yang lebih panas, dan kolam ketiga dengan suhu air yang sangat panas. Selain itu, ada kolam air panas yang dijaga dengan baik oleh pemilik sendiri untuk kegunaan mandi, minum, atau berendam - air panas ini lebih bersih dan tidak berwarna lumpur hitam.

Bagaimana pendapat kamu? Mungkin saja Kalimantan Selatan merupakan destinasi pelancongan anda yang seterusnya!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon