Saturday, July 22, 2017

Sri Lanka 01: Kota Kinabalu Ke Katunayaka

Ok! Idea nak ke Sri Lanka muncul sebaik sahaja kami mendarat di KLIA dari Vientiane, Laos.

Ya..satu perjalanan epik pada bulan Disember 2016. Saya akan cuba kongsikan perjalanan ke Laos dalam post yang akan datang.

Dimulakan cerita, pada 18hb Disember kami bangun seawal subuh untuk bersiap ke KKIA. Perjalanan bermula dari kediaman di UCA2, Menggatal ke KKIA menggunakan perkhidmatan Uber. Bertolak dari UCA2 pukul 9.30 pagi dan tiba dengan selamat di KKIA pukul 10.05 pagi. Tambang RM19.64.

Setibanya di KKIA, kami terus mendaftar masuk ke kaunter Malindo kerana flight dijadualkan berlepas pukul 12.20 tengah hari dan dijangka tiba di KLIA pukul 2.50 petang. Semua urusan pendaftaran masuk adalah lancar dan bersiap untuk terbang. Jom terbang!

Selamat tinggal Sabah

Diringkaskan cerita, tiba di KLIA mengikut jadual dan seterusnya menaiki flight ke Sri Lanka menggunakan perkhidmatan Airasia X pada pukul 9.00 malam. Nasib badan, penerbangan Airasia X hanya sekali sehari ke Sri Lanka itupun pada malam hari. Penerbangan selama 3 jam 30 minit.

Tiba di Bandaranayake International Airport, Sri Lanka pada pukul 10.00 malam waktu tempatan. Jangan hairan ya, perbezaan waktu antara Malaysia dan Sri Lanka ialah 2 jam 30 minit.

Bandaranayake International Airport

Tanpa membuang masa, kami bergegas keluar dari perut flight dan terus ke bahagian imigresen. Memandangkan kami berdua telahpun mendapatkan slip visa secara online, segala urusan masuk ke Sri Lanka adalah sangat mudah. Serahkan pasport dan slip visa di kaunter imigresen, pegawai imigresen akan melekatkan stiker Visa Pelancong pada pasport.

Selesai semua urusan pemeriksaan keselamatan, kami terus ke lobi utama lapangan terbang. Di ruang lobi, kami menukar USD$ kepada matawang Sri Lanka. Diingatkan sekali lagi bahawa matawang Malaysia (RM) tidak dijual beli di Sri Lanka.

Selepas menukar duit, kami meneruskan perjalanan keluar ke pintu utama airport. Berhampiran dengan pintu utama terdapat kaunter perkhidmatan sewaan bas/ van. Kami disapa oleh penjaga kaunter dan mencadangkan kami mengambil perkhidmatan sewaan van syarikatnya. Disebabkan masa sudah menunjukkan pukul 10.30 malam, kami mengambil saja perkhidmatan sewaan van tersebut dengan kos yang agak mahal USD$9.00 sehala ke Sun Up Hotel yang kami dah tempah melalui Booking.com. Agak mahal kerana jarak hotel tersebut dengan Lapangan Terbang tak sampai 5km.

Menaiki van dan dihantar ke Sun Up Hotel. Hotel murah dengan kos USD$15 semalam tanpa aircond. Tiba di hotel pada pukul 11.00 malam. Check in dan terus masuk ke bilik. Suhu bilik seperti dalam sauna kerana ditempah dengan kemudahan kipas tanpa aircond. Sepanjang malam tidur dengan tingkap yang terbuka sampai pagi.

Ok tak?

Apapun, memandangkan hotel ini ditempah atas dasar lokasi yang berhampiran Lapangan Terbang dengan harga terendah, redha saja lah. Lagipun sekadar untuk merehatkan badan dan menyucikan diri. So, agak berbaloi jugalah dengan baget yang ciput. Sesuailah dengan gaya backpacker.

Lupakan hotel yang menyedihkan tu. Esok 19hb seawal pukul 6.00 pagi, kami perlu mendaftar keluar dan meneruskan perjalanan ke Terminal Bas Negombo.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar