Saturday, July 22, 2017

Sri Lanka 02: Negombo Ke Kandy

19hb seawal 6.00 pagi, kami mendaftar keluar dan meneruskan perjalanan ke Terminal Bas Negombo menggunakan tuk-tuk. Kalau nak ke Kandy dari sini, sebaiknya ambil bas dari Terminal Bas Negombo, jarak dalam 7km dengan kos tuk-tuk LKR600 sehala.

Seawal pukul 6.30 pagi kami telahpun tiba di Terminal Bas Negombo. Terus bergegas mendapatkan bas ke Kandy.

Bas ke Kandy adalah bas bernombor 01. Masuk dan dapatkan tempat duduk dengan segera dalam bas. Jika berlengah-lengah maka ada kemungkinan anda akan kehabisan tempat duduk dan akan berdiri sepanjang perjalanan ke Kandy sejauh 70km dengan masa perjalanan 3 jam.

Bas ke Kandy

Hanya sebentar duduk, bas telahpun mula bergerak dengan jumlah penumpang yang hampir memenuhi semua kerusi yang ada. Kos tambang yang kami bayar untuk dua orang ialah LKR300 iaitu LKR150 seorang. Bas tidak beraircond.

Bas ini sebenarnya bas berhenti-henti. Mengambil dan menurunkan penumpang sepanjang perjalanan dan juga berhenti di stesen-stesen bas yang ada di sepanjang perjalanan. Bas yang kami naiki ke Kandy membuat hentian di Katunayaka Bus Station. Katunayaka Bus Station berhampiran dengan Lapangan Terbang Bandaranayake.

Sebenarnya, kami boleh menaiki bas ke Kandy dari Katunayaka Bus Station yang mana berhampiran dengan penginapan kami di Sun Up Hotel. Jarak stesen bas ini dengan penginapan tak sampai 2km. Tapi masalahnya, kemungkinan besar bas telahpun penuh dan kami kena berdiri sepanjang perjalanan ke Kandy. Berdiri dalam bas tanpa aircond sejauh 70km dengan tempoh perjalanan selama 3 jam adalam satu mimpi ngeri!

Keadaan dalam bas

Jalan raya ke Kandy agak baik kerana semuanya telahpun bertar. Kalau ikut pemerhatian saya, 3 jam perjalanan ke Kandy disebabkan bas kerap berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Selain itu, jalan raya selorong yang dipenuhi pelbagai jenis kenderaan seperti motorsikal, tuk-tuk sehingga bas dan lori yang banyak juga telah menyebabkan berlaku kesesakan.

Sawah padi

Sepanjang perjalanan ke Kandy takda lah pemandangan yang menarik sangat. Merentasi pekan-pekan dan desa. Kebanyakan bentuk muka bumi sepanjang perjalanan adalah datar, bentuk muka bumi berbukitan apabila menghampiri Kandy.

Kami lebih banyak masa terlelap berbanding melihat pemandangan sekeliling. Mungkin agak penat pada hari sebelumnya.

Akhirnya pintu bas terbuka ~ jam menunjukkan pukul 10.00 pagi.

Stesen Bas Kandy

Selamat datang ke Kandy!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar