Saturday, July 22, 2017

Sri Lanka 06: Menaiki Bas Dari Kandy Ke Sigiriya Rock

20 Mac 2017 hari ketiga di Sri Lanka.

Bersiap untuk ke Sigiriya Rock!

Tepat pukul 6.45 pagi, kami keluar dari bilik hotel untuk ke stesen bas yang dikenali sebagai Goods Sheld Station. Kami rancang menaiki bas paling awal bertolak ke Sigiriya. Jika tak sempat menaiki bas terawal, kami berharap dapat menaiki bas yang bertolak sebelum pukul 8.00 pagi. Bas ke Sigiriya bertolak seawal 6.30 pagi dan sebelah petang bas terakhir bertolak pada pukul 6.30 petang.

Suasana masih lengang, kedai-kedai baru dua tiga yang memulakan operasi. Kami berjalan kaki sahaja menuju ke stesen bas kerana jarak dari hotel ke stesen bas tidak sampai 1 km. Lebih kurang 600 meter jaraknya. Lagipun kami tahu lokasi stesen bas tersebut.

Lebih kurang 15 minit berjalan kami tiba di stesen bas. Walaupun jam menunjukkan pukul 7.00 pagi, ramai penduduk tempatan dan juga pelancong asing sudah berada disini. Mungkin masing-masing mahu bertolak awal ke destinasi dituju.

Bas ke Sigiriya sebenarnya sangat mudah untuk dijumpai. Hanya perlu melihat paparan DAMBULLA atau Sigiriya-Dambulla di bahagian hadapan deretan bas. Kami jumpa dan naik untuk mendapatkan tempat duduk yang strategik. Jika ragu-ragu boleh bertanya dengan pemandu bas. Tambang LKR120 seorang.

Bas ke Sigiriya

Tepat pukul 7.30 pagi bas pun bertolak ke Sigiriya. Ada beberapa orang pelancong dari Barat dan Jepun dalam bas yang sama. Perjalanan keluar dari bandar Kandy agak sesak dan pergerakan sangat perlahan kerana kerja-kerja menaiktaraf jalan raya sedang dijalankan. Jarak Kandy ke Sigiriya lebih kurang 90 km dan menempuh masa perjalanan menaiki bas selama 2 jam 30 minit bergantung kepada keadaan trafik.

Selepas 3 jam perjalanan, pemandu bas menghentikan bas di tepi jalan raya dan mengarahkan penumpang yang mau ke Sigiriya Rock turun dari bas. Kami berdua dan semua pelancong asing turun dari bas. Ada simpang berdekatan dan pemandu bas beritahu kami supaya berjalan masuk ke simpang tersebut untuk ke Sigiriya Rock.

Memasuki simpang ke Sigiriya Rock

Setelah penat berjalan kaki dari simpang jalan raya utama, kami pun sampai di hadapan pintu masuk utama Sigiriya Rock. Jam menunjukkan masa hampir pukul 11.00 pagi. Kelihatan telah ramai pelancong asing disini. Rombongan pelajar sekolah juga telahpun beratur keluar dari kawasan tapak utama Sigiriya Rock.

Sigiriya site

Walaupun penat berjalan, kami tetap bersemangat untuk menerokai UNESCO World Heritage Site ini. Apapun kena lah beli tiket masuk terlebih dahulu di kaunter tiket. Harga tiket sekali masuk untuk pelancong asing ialah USD$30 seorang. Agak mahal tapi saya nak beritahu, mahal tapi sangat berbaloi.

Tiket masuk

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang menariknya Sigiriya Rock ini sehingga diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site. Betul tak?

Nah! baca ni. Sigiriya or Sinhagiri (pronounced see-gi-ri-yə) is an ancient rock fortress located in the northern Matale District near the town of Dambulla in the Central Province, Sri Lanka. The name refers to a site of historical and archaeological significance that is dominated by a massive column of rock nearly 200 meters (660 ft) high.

According to the ancient Sri Lankan chronicle the Culavamsa, this site was selected by King Kasyapa (477-495 CE) for his new capital. He built his palace on the top of this rock and decorated its sides with colourful frescoes. On a small plateau about halfway up the side of this rock he built a gateway in the form of an enormous lion. The name of this place is derived from this structure -Sīhāgiri, the Lion Rock. The capital and the royal palace was abandoned after the king's death. It was used as a Buddhist monastery until the 14th century.

Sigiriya today is a UNESCO listed World Heritage Site. It is one of the best preserved examples of ancient urban planning. -Wikipedia.

The Royal Gardens

Ok setakat disini untuk entry ni.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar