Saturday, July 22, 2017

Sri Lanka 07: Menawan Puncak Sigiriya Rock

Sigiriya Rock

Menuju Sigiriya Rock, kami perlu membuat satu perjalanan lurus merentasi The Royal Gardens dibawah sinaran matahari yang panas terik. Di laluan lurus The Royal Gardens inilah pelancong akan bergambar sepuasnya berlatar belakangkan Sigiriya Rock.

The Royal Gardens

Sekitar pukul 11.15 pagi, kami memulakan pendakian dengan penuh semangat dan keyakinan yang tinggi untuk menawan puncak Sigiriya Rock. Cuaca agak baik tapi sangat panas. Sila bawa air minum secukupnya.

Di permulaan pendakian anda kena berhati-hati dengan individu-individu tempatan yang cukup mesra membantu anda. Mereka begitu beria-ia menghulurkan bantuan dan memberikan info-info berkaitan sejarah kawasan ini. Mereka sebenarnya dengan cara sedikit mendesak mahu supaya anda jadikan mereka sebagai pemandu pelancong dan mengharapkan upah. Apa yang anda perlu lakukan ialah ucapkan terima kasih dan beritahu bahawa anda tidak perlukan perkhidmatannya. Jika mereka meminta duit, abaikan sahaja dan jangan layan. Melainkan anda memerlukannya.

Dalam pendakian ke Puncak Sigiriya Rock anda akan melalui paintings gallery. Malangnya anda dilarang keras mengambil gambar ataupun video di kawasan paintings tersebut. Ada beberapa orang sikuriti bertugas disana yang akan memberi peringatan dan memerhatikan anda sepanjang anda berada di kawasan tersebut.

Selepas itu anda akan melalui the mirror pula. Kalau menurut Wikipedia, the mirror wall ni adalah seperti berikut; "Originally this wall was so highly polished that the king could see himself whilst he walked alongside it. Made of brick masonry and covered in highly polished white plaster, the wall is now partially covered with verses scribbled by visitors, some of them dating from as early as the 8th century. People of all types wrote on the wall, on varying subjects such as love, irony, and experiences of all sorts. Further writing on the mirror wall now has been banned for the protection of the old writings."

The Mirror Wall

Selepas the mirror wall anda akan melalui laluan tergantung. Bagi mereka yang takut berada di tempat yang tinggi, sudah pasti tidak akan mampu melepasi laluan tergantung ini. Kami meneruskan perjalanan. Tak takut, tak gayat jalan terus...hihi.

Laluan Tergantung

Setelah melepasi laluan tergantung, maka akan sampai di satu kawasan dataran sebelum pendakian curam setinggi 326 meter ke puncak Sigiriya Rock. Ramai pelancong akan berehat disini sebelum meneruskan pendakian. Kena berhati-hati dikawasan ini sebab banyak monyet berkeliaran mencari makanan. Ada pelancong kehilangan barang mereka kerana dicuri dan dibawa lari oleh monyet-monyet tersebut.

Dataran - tangga Z ke puncak

Sekitar pukul 12.00 tengah hari kami berjaya tiba di puncak Sigiriya Rock yang juga dikenali sebagai Central Palace. Kami banyak menghabiskan masa bergambar dan berehat sambil menikmati pemandangan yang indah.

Central Palace

Selepas puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke bahagian selatan puncak Sigiriya Rock yang juga dikenali sebagai South Palace Complex. Setelah penat mendaki, satu kerugian jika anda tidak pergi ke South Palace Complex. Pemandangan di bahagian ini sangat menarik dan menakjubkan.

South Palace Complex

Wefie

Lebih kurang sejam meluangkan masa di puncak Sigiriya Rock, dari South Palace Complex kami pun mula bergerak turun kerana cuaca yang agak panas.

Laluan turun

'u can take my picture' dia bilang.

Sekitar pukul 1.30 petang kami sudahpun berada di kawasan Royal Gardens. Destinasi seterusnya ialah museum yang juga terletak dalam UNESCO World Heritage Site sebelum kembali ke Kandy.

Sebelum ke museum, bergegas mencari tandas dahulu!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar