Saturday, July 29, 2017

Singapore 02: Tidak Lengkap Dan Sah Jika Tidak Ke Pulau Sentosa

7 Dis 2016 - Hari kedua dan juga menjadi hari yang terakhir di Singapura.

Aktiviti pada hari ini:- Berkunjung ke pulau Sentosa pada sebelah pagi. Check out hotel selewat-lewatnya pada jam 11.00 pagi seterusnya ke Changi Airport. Menaiki penerbangan Airasia dari Changi Airport ke KLIA2 (Berlepas 2.05 petang - Mendarat 3.10 petang) seterusnya menaiki penerbangan Airasia X dari KLIA2 ke Yangon International Airport, Myanmar (Berlepas 5.20 petang - mendarat 6.25 petang waktu di Yangon).

Seawal 7.30 pagi kami keluar dari hotel untuk menuju ke destinasi terakhir kami di Singapura iaitu pulau Sentosa. Orang bilang kalau melancong ke Singapura tidak lengkap dan sah kalau tidak ke pulau Sentosa. Di pulau inilah letaknya globe Universal Studios yang terkenal tu. Wajib ke pulau Sentosa ok!

Cosy Hotel

Ada beberapa cara untuk ke pulau Sentosa. Kami memilih untuk menaiki train. Perjalanan kami ke pulau Sentosa bermula di Stesen MRT Outram Park kerana penginapan kami berhampiran dengan stesen ini. Kami menaiki MRT laluan north east line dan turun di Stesen HarbourFront yang terletak di kompleks membeli belah VivoCity. Untuk ke pulau Sentosa, kami menggunakan Sentosa Express Sky Train yang terletak di Sentosa Station, VivoCity tingkat 3 dari exit E dengan membayar tiket SGD $4 seorang. Tiket ini untuk perjalanan pergi ke pulau Sentosa dan balik semula ke VivoCity.

Sentosa Express Sky Train beroperasi setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Train ini merupakan salah satu sistem pengangkutan yang menghubungkan pulau utama Singapura dengan pulau Sentosa. Seperti yang saya katakan sebelum ni, segala-galanya sangat mudah di Singapura terutama sistem pengangkutannya yang cekap.


Ada tiga stesen sky train di pulau Sentosa iaitu hentian pertama di Waterfront Station, hentian kedua Imbiah Station dan yang ketiga Beach Station. Kami turun di hentian ketiga pada jam 8.00 pagi. Semasa kami tiba, suasana masih lengang dan kebanyakan permis masih belum beropersi. Kebanyakan permis akan memulakan operasi pada jam 10.00 pagi.

Apapun niat kami ke pulau Sentosa hanyalah untuk memenuhi kewajipan dan mengesahkan bahawa kami telahpun "benar-benar" tiba di Singapura. Lagipun kami tidak boleh lama disini kerana kami perlu check out dari hotel selewat-lewatnya pada jam 11.00 pagi. Dengan masa yang sangat terhad, kami berjalan-jalan di sekitar Palawan Beach, Sentosa Merlion dan Universal Studios sahaja.

Palawan Beach

wefie

Masih lengang - Beach Station

Sentosa Merilon

Lake of Dreams la sangat

Suasana masih lengang

Candylicious

Hard Rock Cafe Sentosa

Universal Studios

Sekitar jam 9.40 pagi kami pun meninggalkan pulau Sentosa dengan menaiki Sky Train dari Waterfront Station. Waterfront Station ni berhampiran dengan Universal Studios. Seperti yang saya katakan sebentar tadi, tiket sky train untuk perjalanan pergi dan balik...jadi tak perlu beli tiket untuk kembali ke Sentosa Station di VivoCity.

Sky Train ke Sentosa Station

Tiba di hotel, kami bersiap dan check out pada jam 10.30 pagi. Sekali lagi ke Stesen MRT Outram Park dan menaiki train laluan east west line menuju ke Changi Airport.

Changi Airport

Kami tiba dia Changi Airport sekitar 11.40 pagi. Mengisi perut dan rehat sementara menanti penerbangan Airasia ke KLIA2 pada jam 2.05 petang. Setibanya kami di KLIA2 nanti, kami akan meneruskan pula penerbangan dengan Airasia X ke Yangon, Myanmar pada jam 5.20 petang.

Singapura merupakan negara destinasi pertama kami dalam Golden Triangle Grand Trip 2016. Secara keseluruhannya, melancong ke Singapura masih berbaloi walaupun dalam tempoh yang sangat singkat. Bagi kami cukup sekadar "sah" menjejaki kaki di pulau yang terletak di bahagian hujung selatan Semenanjung Malaysia. Apa yang penting ialah pengalaman dan gambar untuk dibawah pulang.

~Tamat~

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar