Saturday, July 29, 2017

Singapura 01: Lepak Santai Di Kota Singa Yang Menakjubkan

Jom ke Singapura!

Singapura merupakan destinasi pelancongan rakyat Malaysia. Impian menjejaki kaki ke Singapura telah lama dirancang. Pada awalnya kami tidak memasukkan Singapura sebagai salah satu destinasi perjalanan kami dalam Golden Triangle Grand Trip. Walau bagaimanapun, pada saat akhir kami selitkan negara Kota Singa ini dalam perjalanan kami agar misi menjejaki kaki di kesemua negara ASEAN dapat dicapai. Oleh itu, kami memperuntukkan dua hari satu malam di Singapura. Mungkin ada yang bertanya "cukupkah semalaman di Singapura?".

Apapun sebelum kita mendarat di Singapura, berikut sedikit fakta tentang Singapura yang harus kita tahu:

1. Nama Rasmi: Republik Singapura
2. Ibu Kota: Singapura (Downtown Core, Central)
3. Bahasa Rasmi: Inggreris, Melayu, Mandarin, Tamil
4. Keluasan: 716km persegi (pulau di bahagian paling selatan Semenanjung Malaysia)
5. Jumlah Penduduk: 5,535 000 (2015)
6. Matawang: Dolar Singapura (S$)

Singapura merupakan tanah jajahan British sehingga bergabung membentuk negara baharu Persekutuan Malaysia bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan North Borneo (Sabah) pada 16 September 1963. Walau bagaimanapun, pada 9 Ogos 1965 Singapura telah memisahkan diri dari Persekutuan Malaysia dan menjadi sebuah negara baharu bersaiz kecil dengan pemerintahan sendiri yang kita kenali pada hari ini sebagai Republik Singapura.

Cukupkah melancong semalaman di Singapura?

6 Dis 2016 - Menaiki penerbangan MAS dari KKIA ke KLIA. Penerbangan berlepas pukul 5.00 pagi dan mendarat di KLIA pukul 7.25 pagi. Seterusnya kami menaiki penerbangan Airasia dari KLIA2 ke Changi Airport, Singapore. Sebelum berlepas ke Singapura kami mengisi perut terlebih dahulu di Nonya Colors sebuah cafe di Terminal KLIA2.

Menu lazat Nonya Colors

Selesai makan, kami mendaftar masuk ke balai berlepas. Tidak lama menunggu penerbangan kami berlepas pada pukul 1.25 petang dan mendarat di Changi Airport pukul 2.30 petang.

Kami mendarat dengan selamat di Changi Airport Terminal 1. Airport ni terbahagi kepada 3 terminal iaitu Terminal 1, 2 dan 3. Penerbangan Airasia mendarat di Terminal 1. Kami keluar dari flight dan bergegas masuk kedalam terminal. Uhhhh..! Apa yang saya boleh katakan, Changi Airport benar-benar bertaraf dunia! Kami terkesima dan kagum!

Jam menunjukkan hampir pukul 3.00 petang. Kami harus pergi ke hotel yang telah ditempah awal melalui Booking.com. Letaknya berhampiran Chinatown atau paling tepat berhampiran dengan Outram Park selewat-lewatnya pukul 4.00 petang. Kenapa? Sebab kami cuma ada masa siang yang sangat terhad di Singapura. Untuk kesana dari Changi Airport kami perlu menaiki MRT yang terletak di Terminal 2.

Kami menuju ke Terminal 2 berpandukan petunjuk yang mudah ditemui dan kami sampai ke satu ruang menunggu. Apa yang ditunggu ialah Skytrain Service yang akan membawa penumpang dari Terminal 1 ke Terminal 2, Terminal 3 dan sebaliknya. Perkhidmatan percuma.

Terminal 2

Sampai ke Terminal 2, tanda arah "Train to City" terpapar dengan jelas. Kami ikut sahaja tanda arah tersebut. Sebelum ke train to city kenalah buat pemeriksaan passport terlebih dahulu. Untuk pengetahuan, kita boleh melakukan pemeriksaan passport di mana-mana terminal sama ada Terminal 1, 2 atau 3. Kami mendarat di Terminal 1 dan melepasi pemeriksaan keselamatan dan passport di Terminal 2. Sebenarnya, segalanya sangat mudah di Changi Airport!

Untuk ke Outram Park, kami menaiki MRT laluan East West Line yang bermula di Stesen MRT Changi Airport dan menukar train di Stesen Tanah Merah. Dari Stesen Tanah Merah kami menaiki MRT terus ke Stesen Outram Park.

Tiba di Stesen Outram Park pukul 3.30 petang. Sebahagian besar Stesen Outram Park terletak di bawah tanah. Kami keluar dari stesen dan menyusuri laluan pejalan kaki di Outram Park menuju ke Hotel 81 Cosy yang telah kami tempah. Berdasarkan maklumat dalam Google Map, hotel tersebut sangat berhampiran dengan Outram Park.

Berjalan kaki ke hotel

Tidak sampai 10 minit berjalan kaki, kami tiba di Hotel 81 Cosy. Lokasi hotel ini agak terpencil sedikit dari jalan raya utama. Kami memilih hotel ini kerana harga biliknya yang lebih murah berbanding dengan bilik hotel lain yang setaraf. Lagipun lokasi hotel ini masih boleh dikatakan strategik kerana berada dalam kawasan Chinatown. Tanpa membuang masa kami terus mendaftar masuk dan merehatkan diri lebih kurang sejam dalam bilik hotel. Seluruh badan terasa agak penat.

Sekitar pukul 5.20 petang, kami melangkah keluar dari bilik hotel menuju ke Merlion Park. Jarak perjalanan ke Merlion Park dalam lingkungan 1 km hingga 2 km dari hotel. Merlion Park merupakan sebuah taman yang menjadi tumpuan utama pelancong asing apabila melancong ke Singapura. Tidak sah jika tidak berkunjung ke Merlion Park.

Sepanjang perjalanan ke Merlion Park, kami mengambil gambar sebanyak yang mungkin sebagai kenangan berada di Singapura. Saya kongsikan beberapa keping gambar kepada kamu. Jom! layan gambar.

Buddha Tooth Relic Temple

Sri Mariamman Temple

Chinatown Singapore

Masjid Jamae - Chulia

Park Royal Singapore

Clarke Quay

Clarke Quay

Tanpa disedari sampailah kami di Merlion Park. Seperti yang saya katakan tadi, Merlion Park menjadi tumpuan pelancong kerana apabila kita berada di taman ini, kita boleh melihat hampir kesemua bangunan yang cukup terkenal di Singapura seperti Marina Bay Sands, Esplanade Theater, Flyer Singapore, Gardens by the Bay, Flower Dome dan Singapore Skyline.

Merlion Park

Merlion Park

Kami mengambil gambar sebanyak yang mungkin. Setiap sudut menarik di sekitar Merlion Park tidak akan terlepas dari sasaran lensa kamera DSLR yang kami sentiasa bawa kemana-mana. Tak puas dengan DSLR, kami wefie menggunakan Oppo pula. haha!

Wefie

Hari pertama kami di Singapura banyak tertumpu di sekitar Marina Bay sahaja. Bagi kami, dapat berada disini dan mengambil gambar kenangan sudah mencukupi. Oleh itu, kami menghabiskan masa disini sehingga hampir pukul 10.00 malam.

Singapore Flyer

Marina Bay Sands

Esplanade - Theatres on the Bay

Singapore Skyline

Singapore Skyline

Marina Bay Sands & ArtScience Museum

ArtScience Museum & Singapore Skyline

The Float

Menuju ke Gardens by the Bay tapi tak masuk kedalam pun..lepak kat luar-luar je.

Gardens by the Bay

Gardens by the Bay

Gardens by the Bay

Singapore Flyer

Shopping Complex - Marina Bay Sands

Marina Bay Sands & ArtScience Museum

Singapore Skyline

Esplanade - Theatres on the Bay

Sekitar Boat Quay

Sekitar pukul 9.45 malam kami pun bergerak pulang ke hotel. Dalam perjalanan ke hotel kami singgah makan di Chinatown Food Street yang merupakan salah satu lokasi makanan jalanan yang terkenal di Singapura. Apa yang boleh saya katakan, makanan disini memang sedap tapi kebanyakan mengandungi pork! hihi. Selesai makan kami pun kembali ke hotel. Awal pagi esok nak ke pulau Sentosa pula.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar