Sunday, July 23, 2017

Sinurambi Tambunan - Switzerland of the East

Tags

Menara tinjau ataupun "sinurambi" dalam bahasa Dusun menjadi salah satu tarikan pelancongan yang terbaharu di daerah Tambunan. Menara tinjau ini terletak di kawasan Trig bukit di Kampung Dalungan di bawah pengawasan penuh Pejabat Daerah Tambunan.

Pada 6 Jun 2017, 3.00 petang - Saya, isteri dan anak ketiga (perempuan) telah berpeluang berkunjung ke menara tinjau tersebut dengan menggunakan kenderaan sendiri.

Bagaimana cara pergi ke sinurambi dan apa yang ada disana?

Jom kita mulakan menurut pengalaman kami sendiri. Perjalanan ke sana kami mulakan di roundabout sompoton yang terletak di pekan Tambunan.

Bulatan Sompoton

Memandangkan kami dari arah Ranau, kami sampai di bulatan sompoton pekan Tambunan dan masuk kiri. Terdapat banyak signboard berhampiran dengan bulatan tersebut. Salah satunya ialah signboard Hutan Simpanan TrusMadi (TrusMadi Forest Reserve). Kami ikut arah yang ditunjukkan signboard tersebut.

Dari roundabout sompoton, jalan terus sehingga sampai di simpang tiga yang terdapat signboard Gereja Katolik St. Mary Magdalene dan Sister Putri Karmel & Brother CSE. Jangan masuk simpang tersebut tapi maju terus kedepan lagi. Tidak sampai 50 meter dari signboard Gereja Katolik St. Mary Magdalene, akan sampai di simpang tiga dengan signboard Hutan Simpanan TrusMadi sekali lagi. Masuk simpang tersebut (kanan) dan nampak signboard sinurambi Tambunan dengan jelas. Ikut arah yang ditunjukkan dalam signboard tersebut.

Signboard

Kami masuk simpang tersebut dan jalan terus. Untuk pengetahuan, jalan raya menuju sinurambi selepas simpang tiga tersebut agak mencabar, jalan mendaki yang agak curam dan banyak selekoh. Saya nasihatkan guna gear rendah dan pandu dengan cermat. Terus memandu dengan cermat dan kami sampai di simpang tiga yang mempunyai penanda arah ke Sinurambi Tambunan. Masuk simpang tersebut (kanan) dan bermulalah perjalanan di atas jalan raya tidak bertar. Jangan risau kerana keadaan jalan ok-ok saja.

Teruskan perjalanan. Ikut saja signboard yang terdapat di sepanjang jalan terutamanya di persimpangan jalan. Jika jumpa persimpangan tapi tiada signboard sinurambi Tambunan jangan masuk simpang tersebut.

Kami tiba di sinurambi pada pukul 3.40 petang. Perjalanan sebenarnya mengambil masa 15-20 minit sahaja dari pekan Tambunan. Setakat 6 Jun 2017, tiada bayaran masuk dikenakan.

Senibina berkonsepkan reka bentuk bakul pelbagai guna (wakid dalam bahasa Dusun) yang terbahagi kepada tiga platform. Setiap platform ada jumlah muatan maksimum (platform 1 @ 18pax, platform 2 @ 25pax dan platform 3 @ 30pax.

Sinurambi Tambunan

Berada di puncak sinurambi @ platform 3 agak sedikit bergoyang apabila angin bertiup tapi jangan risau selagi tidak melebihi had maksimum. Dari puncak sinurambi korang boleh nampak sehingga 80 peratus pemandangan sekitar lembah Tambunan.

Lembah Tambunan

Lembah Tambunan

Lembah Tambunan

Setelah mengambil beberapa keping gambar (121 keping ahh...punya banyak), kami pun bersiap untuk pulang.

4.30 petang.kembali turun ke pekan Tambunan. Jalan raya turun ke pekan Tambunan sama saja dengan jalan raya semasa naik ke sinurambi. Kami tiba di pekan Tambunan dengan selamat.

Panduan bagi yang belum pernah pergi ke Sinurambi:-

Tiada perkhidmatan pengangkutan awam khas ke sinurambi. Kemungkinan ada pemilik kenderaan yang sanggup menghantar ke sinurambi dengan bayaran dari pekan Tambunan. Guna kereta sendiri lebih baik. Tengah hari sehingga pukul 2.00 petang sangat panas. Elakkan ke sinurambi jika hujan. Pemandangan lembah Tambunan paling cantik sekitar bulan Okt-Dis kerana padi sawah sedang menguning.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon