Saturday, July 22, 2017

Sri Lanka 08: Muzium Sigiriya Dan Kembali Ke Kandy

Selepas rehat sebentar, ada satu destinasi lagi yang perlu dikunjungi iaitu museum. Untuk pengetahuan, tiket masuk ke Sigiriya site merupakan tiket 3 in 1. Satu tiket yang pempunyai tiga keratan. Setiap keratan akan dikoyakkan apabila memasuki tiga lokasi berbeza yang ada dalam Sigiriya site iaitu, satu keratan untuk masuk dalam Sigiriya site itu sendiri, keratan kedua untuk ke paintings gallery dan keratan ketiga adalah museum.

Museum ni terletak berhampiran dengan kaunter tiket. Disarankan selepas sahaja membeli tiket adalah lebih baik terus sahaja ke museum. Museum ini menjadi destinasi terakhir kami kerana museum bukanlah keutamaan kami apabila melancong kemana-mana negara. Tapi memandangkan harga tiket yang mahal yang mana harga tersebut termasuk museum, maka rugi jika tidak menggunakan tiket tersebut untuk masuk ke museum.

Apa yang ada dalam museum ni takda lah menarik sangat. Di dalam museum ada ruang tayangan video, sejarah penemuan Sigiriya Rock, artifak dan klon kepada lukisan yang terdapat di Sigiriya Rock. Dilarang mengambil gambar dan video didalam museum. Bagaimanapun saya berjaya mengambil gambar klon lukisan yang pada pendapat saya agak menakjubkan. 

Klon Lukisan

Klon Lukisan

Meluangkan masa selama 30 minit dalam museum ni sudah memadai. Selesai melawat museum, kami perlu mendapatkan bas untuk kembali ke Kandy. Bas terakhir dari Sigiriya ke Kandy ialah pada pukul 6.00 petang. Oleh itu, pastikan kena keluar dari Sigiriya site selewat-lewatnya pukul 4.00 petang kerana perlu menunggu bas di jalan raya utama untuk kembali ke Kandy. Jika tidak sanggup berjalan kaki, banyak tuk-tuk sedia untuk disewa tapi harganya sangat mahal.

Dipendekkan cerita, kami memilih berjalan kaki sejauh 700 meter ke jalan raya utama untuk menunggu bas. Sekitar 2.40 petang kami tiba di jalan raya utama. Tidak menunggu lama, bas ke Dambulla tiba. Sebenarnya, jika kita mahu kembali ke Kandy dari Sigiriya, kita perlu menaiki bas ke Dambulla terlebih dahulu. Tiba di Dambulla kena tukar bas ke Kandy. Tambang bas Sigiriya - Dambulla ialah LKR34.00 seorang. Kami tiba di Dambulla sekitar 3.20 petang dan terus menaiki bas ke Kandy dengan tambang LKR98.00 seorang. Kami menaiki bas tanpa aircond.

Lebih kurang 3 km dari pekan Dambulla, terdapat satu lagi UNESCO World Heritage Site iaitu Dambulla Cave Temple. Kami tidak bercadang untuk melawat temple ini. Hanya mengambil gambar dari dalam bas sahaja.

Sekitar 5.30 petang kami pun tiba di Kandy. Memandangkan cuaca yang baik kami meluangkan masa bersiar-siar dan melepak di kawasan menara jam yang menjadi mercu tanda bandar Kandy.

Menara Jam

Berhadapan dengan menara jam adalah pasar kain. Kami melepak di kawasan taman yang terletak berhampiran pasar kain sambil menikmati makanan.

Sedap

Sekitar jam 8.00 malam kami pun kembali ke hotel. Esok pagi kami perlu menempuhi perjalanan yang panjang ke Galle melalui Colombo.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar