Saturday, July 22, 2017

Sri Lanka 09: Kandy Ke Galle

21 Mac 2017 hari ke-4 di Sri Lanka.

5.45 pagi check out dari Meili Lanka City Hotel. Hotel penginapan kami selama 2 malam di Kandy.

Berjalan kaki menuju ke stesen bas untuk mendapatkan bas paling awal bertolak ke Colombo. Tujuan utama perjalanan kami pada hari ini bukanlah ke Colombo tapi Galle. Galle terletak di bahagian selatan pulau Sri Lanka.

6.15 pagi tiba di stesen bas. Bas ke Colombo telahpun tersedia. Kami menaiki bas beraircond dengan tambang LRK300.00 seorang. Sebelum bas bertolak kami membeli kuih muih dengan harga LKR200.00 sebagai sarapan. Tepat 6.40 pagi bas pun bertolak ke Colombo. Selamat tinggal Kandy!

Bas beraircond ke Colombo

Sekitar pukul 9.50 pagi, kami pun tiba di Colombo. Colombo merupakan ibu negara, pusat pentadbiran dan ekonomi Sri Lanka. Penumpang diturunkan di luar terminal bas yang berhampiran dengan sebatang sungai.

Colombo

Memandangkan kami tidak berniat untuk meluangkan masa yang lama di Colombo, kami terus bergegas masuk ke terminal bas untuk menaiki bas ke Galle. Pukul 10.05 pagi kami sudah berada dalam bas dan bas bertolak pada pukul 10.15 pagi. Kami menaiki bas beraircond dengan tambang LKR285.00 seorang. Jarak perjalanan sejauh 120km dan menempuhi masa perjalanan selama 4 jam bergantung kepada keadaan trafik.

Pukul 1.40 petang kami akhirnya tiba di Stesen Bas Galle. Di hadapan stesen bas terseragam indah Galle Fort.

Galle Fort

Galle Fort adalah tujuan utama kami datang berkunjung ke Galle. Galle Fort merupakan tinggalan kubu pertahanan zaman pertengahan yang dibina oleh penjajah Portugis. Konsep dan sejarah kubu ini hampir sama dengan kubu Portugis di Melaka. Cuma saja yang di Melaka tu...tembok pertahanannya telah dirobohkan oleh orang Belanda dan Inggeris. Disini pula, Belanda dan Inggeris tidak merobohkan tembok malah memperkukuhkan lagi tembok sebagai kubu pertahanan.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon