Saturday, July 22, 2017

Sri Lanka 10: Memasuki Gerbang Galle Fort

1.40 petang - Tiba di Galle.

Perkara pertama yang kami perlu lakukan ialah check in di New Old Dutch House. Hotel ini telah ditempah lebih awal melalui Booking.com. Alamat dan lokasi dalam peta menunjukkan bahawa hotel ini terletak didalam Galle Fort dan mudah untuk dijumpai kerana lokasinya yang hampir dengan pintu gerbang. Tanpa membuang masa kami bergerak masuk ke dalam Galle Fort melalui pintu gerbang.

Gerbang Galle Fort

Boleh dikatakan bahawa untuk masuk ke dalam Galle Fort hanya ada satu laluan sahaja iaitu pintu gerbang yang terletak berhadapan dengan padang baseball. Tiada laluan lain untuk masuk ke dalam kerana keseluruhan Galle Fort dikelilingi oleh tembok yang tinggi dan tebal. 

Kami membayar LKR4484.00 atau RM133.00 untuk hotel ini untuk semalaman. Inilah harga hotel termahal selama melancong di Sri Lanka. Jika dilihat secara luaran, hotel ini kelihatan biasa-biasa sahaja dengan gaya bangunan zaman kolonial. Tapi apabila kami melangkah masuk kedalam nampaknya berbaloi dengan apa yang telah kami bayar.

Romantik tapi katil terpisah.

Selesai check in dan rehat sebentar didalam bilik hotel. Kami bersiap untuk meneruskan aktiviti seterusnya yang telah dirancang iaitu pergi ke pantai Unawatuna. Kami merancang untuk pergi ke pantai Unawatuna dengan menaiki tuk-tuk yang mudah untuk dijumpai di kawasan stesen bas. Sekitar pukul 3.00 petang kami bergerak keluar menuju stesen bas yang terletak di luar Galle Fort.

Dalam perjalanan ke stesen bas murid-murid sekolah begitu teruja melihat kami. Mereka cuba membuat tekaan berkaitan negara asal kami berdua. Rupanya mereka menyangka kami berdua adalah pelancong yang berasal dari Korea, China ataupun Jepun.

Sebelum ke pantai Unawatuna, kami membuat keputusan untuk makan terlebih dahulu kerana perut terasa sangat lapar. Kami menjumpai sebuah restoran di bahagian atas bangunan bersebelahan dengan stesen bas. Menu di restoran ini sesuai dengan selera kami.

Sedap

Kami meluangkan masa menikmati makanan didalam restoran ini selama lebih kurang 1 jam 30 minit. Selepas itu, kami bergegas keluar untuk menaiki tuk-tuk ke pantai Unawatuna.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon