Saturday, July 22, 2017

Sri Lanka 11: Santai Di Unawatuna Beach

Selepas selesai makan dan membeli beberapa barangan keperluan di sekitar stesen bas, kami mendapatkan tuk-tuk untuk ke Unawatuna beach. Jarak Unawatuna beach dengan stesen bas ialah 5km dengan tambang sehala LKR400.00. Jam menunjukkan pukul 5.30 petang.

Tidak sampai 15 minit perjalanan, kami telahpun sampai di Unawatuna beach. Unawatuna beach ni biasa-biasa sahaja. Tapi ramai juga pelancong asing bersantai disini. Aktiviti kami disini hanyalah melepak santai sambil layan sebotol beer dan jus.

Unawatuna Beach

Unawatuna Beach

Unawatuna Beach

Unawatuna Beach

Sekitar 7.00 petang, kami pun keluar dari kawasan pantai dan berjalan menuju ke jalan raya utama untuk kembali ke Galle Fort. Dalam perjalanan keluar kami sempat singgah di beberapa kedai sepanjang lorong masuk dan keluar ke Unawatuna beach.

Menuju ke jalan raya utama

Selepas berjalan beberapa ratus meter, kami pun tiba di jalan raya utama. Niat nak naik bas tapi tuk-tuk yang mendatang. So, kami naik tuk-tuk saja lah dengan tambang LKR400.00.

Kami minta driver tuk-tuk turunkan kami di luar pintu gerbang Galle Fort sahaja. Klu nak dihantar kedalam Galle Fort kena bayar lebih sikit, tambahan sebanyak LKR200.00. Dari pintu gerbang kami berjalan kaki kembali ke hotel. Esok kami kena bangun awal untuk meneroka keseluruhan Galle Fort dan menaiki train ke Colombo seterusnya menuju ke Airport dengan menaiki bas.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar