Saturday, July 22, 2017

Sri Lanka 12: Galle Fort

22 Mac 2017 - Hari ke-5 dan terakhir di Sri Lanka.

Seawal 5.00 pagi kami bangun dan bersiap untuk menerokai sepenuhnya Galle Fort. Inilah tujuan utama kami datang ke Galle. Berbekalkan sebotol air minuman, kami melangkah keluar dari bilik hotel pada pukul 6.00 pagi. Hari sudahpun terang. Kami memulakan penerokaan bermula di bahagian depan Galle Fort iaitu sekitar pintu gerbang.

Kami cukup bertuah berada di bahagian pintu gerbang semasa matahari terbit. Sinaran matahari diawal pagi sangat mempersonakan. Inilah pagi yang terindah sejak kami menjejaki kaki di Sri Lanka. Jom layan beberapa gambar di sekitar Galle Fort.

Sunrise

Tembok Galle Fort

Sekitar Galle Fort

Church

Galle Fort pada pandangan saya merupakan lokasi terkenal untuk pengambaran pasangan bakal suami isteri yang akan melangsungkan perkahwinan. Sekitar jam 6.00 pagi sehingga 8.00 pagi sahaja kami terserempak dengan dua rombongan pasangan bakal pengantin sedang melakukan pengambaran.

Bakal pengantin

Galle Fort tidaklah luas sangat. Sekitar 8.10 pagi kami telahpun selesai meneroka keseluruhan Galle Fort. Kami kembali ke hotel untuk berkemas. Kami sarapan terlebih dahulu dan check out sekitar 9.15 pagi.

Kami meninggalkan hotel penginapan kami dan bergerak keluar dari Galle Fort menuju ke stesen bas. Destinasi kami seterusnya ialah Colombo. Kami sebenarnya sedang berkira-kira sama ada mahu menggunakan bas atau train untuk ke Colombo.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar