Sunday, July 23, 2017

Sri Lanka 13: Menaiki Keretapi Dari Galle Ke Colombo

Kami meninggalkan hotel penginapan kami dan bergerak keluar dari Galle Fort menuju ke stesen bas. Destinasi kami seterusnya ialah Colombo. Kami sebenarnya sedang berkira-kira sama ada mahu menggunakan bas atau train untuk ke Colombo.

Kami tiba di stesen bas. Ada tiga pilihan untuk ke Colombo iaitu sama ada menggunakan perkhidmatan bas beraircond, bas tidak beraicond (local bus) atau menggunakan keretapi. Pada awalnya kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan bas beraircond tapi akhirnya kami buat keputusan untuk menaiki keretapi. Stesen keretapi letaknya bersebelahan dengan stesen bas sahaja.

Kami tiba di stesen keretapi pada jam 10.00 pagi dan terus menuju ke kaunter tiket. Tiket ada tiga kategori iaitu kelas satu, dua dan tiga. Kami membeli tiket kelas dua sahaja. Jadual perjalanan menunjukkan bahawa keretapi dari Galle ke Colombo akan bertolak pada pukul 11.00 pagi. Kami ada masa sejam menunggu. Untuk pengetahuan, keretapi Galle ke Colombo bertolak dua kali sahaja dalam sehari iaitu pada jam 11.00 pagi dan 3.00 petang.

Tiket

Tiket ni kami beli untuk 2nd class. Harga seorang RS180.00. Tapi hampa kerana tak tahu sistem dan tak ada petugas nak tunjukkan mana tempat duduk ikut class, kami akhirnya tersadai duduk di kelas ketiga disebabkan ramai orang berebut tempat duduk tanpa mengira class. Jika tidak cepat duduk di kerusi yang kosong, confirm akan berdiri sepanjang perjalanan ke Colombo.

Dalam Train

10.55 pagi keretapi mula bergerak ke Colombo. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Perjalanan menggunakan keretapi lebih lancar dan cepat sebab tak da trafik jam. Paling-paling pun keretapi hanya berhenti di stesen-stesen khas sepanjang perjalanan. Kalau tak da orang menunggu di stesen tertentu, keretapi ni tak akan berhenti.

Apapun pemandangan perkampungan dan tepi laut yang cantik memadamkan segala rasa kehampaan itu. Jom layan gambar di bawah (tapi gambar tepi laut tu tak berjaya diambil kerana amoi-amoi cina dari Singapore monopoli tempat strategi untuk mengambil pemandangan laut..cisss). Tapi sebelum tu diingatkan kalu nak tinggalkan tempat duduk untuk mengambil gambar diluar, pastikan tempat duduk ditanda or minta kawan jaga, jika tidak tempat duduk kamu akan diambil orang.

Menuju Colombo

Tanpa disedari, sekitar 1.10 petang kami tiba di stesen keretapi Colombo. Angkat beg dan keluar dari gerabak keretapi dan mencari laluan keluar dari stesen keretapi. Stesen penuh sesak dengan warga tempatan dan beberapa pelancong asing. Saiz stesen tidaklah besar dan bergaya lama.

Stesen Keretapi Colombo

Selepas keluar dari stesen keretapi, kami memutuskan untuk berjalan-jalan di Galle Face Green. Untuk ke sana kami memilih menaiki tuk-tuk sahaja.

Tuk-Tuk

Jom ke Galle Face Green!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon