Sunday, July 23, 2017

Sri Lanka 14: Galle Face Green

Di Colombo ni tiada apa yang menarik sangat. Boleh skip saja jika masa anda terhad di Sri Lanka. Tapi memandangkan kami sudah tiba di Colombo dan flight kami hanya akan berlepas pada 11.00 malam, kami meluangkan masa lengang tu melepak di Galle Face Green.

Tambang tuk-tuk dari stesen keretapi ke Galle Face Green adalah LKR400 sehala. Agak mahal untuk jarak 2 km tapi kira ok daripada penat berjalan kaki kesana.

Sekitar 10 minit kemudian kami pun tiba di Galle Face Green. Kami diturunkan berhampiran sebuah hotel bertaraf lima bintang yang terletak di bahagian hujung Galle Face Green.

Hotel 5 bintang - kami diturunkan disini.

Aktiviti kami disini hanyalah melepak dan berjalan-jalan di sepanjang Galle Face Green yang sedang pesat dalam pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit.

Galle Face Green

Galle Face Green ni merupakan sebuah kawasan tepi pantai yang luas. Tempat ini menjadi lokasi warga tempatan melakukan aktiviti riadah dan melepak santai. Ada juga gerai makanan ringan, buah-buahan dan permainan kanak-kanak dijual disini. Walaupun terletak di sepanjang tepi pantai tapi pasir pantainya telah tiada kerana sudah dibina tembok untuk menghalang hakisan ombak kuat.

Galle Face Green

Galle Face Green

Galle Face Green

Galle Face Green

Kami berjalan kaki di sepanjang Galle Face Green yang tak lah green sangat untuk kembali ke stesen bas Colombo.

Berjalan kaki menuju stesen bas

Boleh naik tuk-tuk tapi kami memilih untuk berjalan kaki sambil melihat-lihat keadaan sekitarnya.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon