Sunday, July 23, 2017

Sri Lanka 15: Kembali Ke Kota Kinabalu

Tepat pukul 3.00 petang, kami menaiki bas beraircond dari Colombo ke Airport. Tambang bas ialah LKR200.00 seorang dan mengambil masa selama 45 minit sahaja untuk sampai ke airport. Jarak tak lah jauh sangat tapi memandangkan jalan agak sesak sebab itulah memakan masa sehingga 45 minit..

Menuju Airport

9.40 malam masuk ke balai berlepas. Sebelum ke balai berlepas kena melalui pemeriksaan imigresen dan tiket.

Balai Berlepas

11.00 petang waktu tempatan atau 2.00 pagi waktu Malaysia, kami masuk kedalam flight Airasia X dan bertolak terbang dari Bandaranayake International Airport ke KLIA2. Mendarat di KLIA2 pada pukul 4.50 pagi 23 Mac 2017. Sekitar 7.00 pagi kami ke terminal KLIA untuk menaiki flight Malindo ke KKIA pada pukul 12.00 tengah hari.

Mendarat di KKIA pada 2.35 petang dan kembali ke rumah menggunakan perkhidmatan Uber. Kami tiba di kediaman pukul 4.00 petang dengan selamat.

Menuju UCA2

Sebagai rumuasn, perjalanan ke Sri Lanka berbaloi dengan kos. 5 hari 4 malam di Sri Lanka adalah sangat singkat dan tidak mencukupi. Masih banyak tempat yang tidak dapat dilawati terutamanya di bahagian tengah pulau Sri Lanka seperti Puncak Adam dan Ella yang cukup terkenal dalam kalangan pelancong. Jika ada yang bertanya sama ada kami akan kembali melancong ke Sri Lanka untuk kali yang kedua, emm....mungkin tidak. Tapi bagi anda yang merancang ke Sri Lanka, saya syorkan anda pergi untuk alami sendiri pengalaman berkelana di bumi Ceylon yang tidak akan terlupakan.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon