Sunday, July 30, 2017

Taman Geologi UNESCO Gunung Rinjani, Lombok

Gunung Rinjani yang berketinggian 3,726 meter dari aras laut merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia selepas gunung berapi Kerinci.


Gunung Rinjani terletak di pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat dalam kawasan Taman Nasional Gunung Rinjani. Taman nasional ini diiktiraf oleh UNESCO sebagai taman geologi di Indonesia.

Di puncak gunung Rinjani terdapat kaldera yang sangat besar dikenali sebagai Segara Anak dan gunung kecil iaitu Gunung Baru di bahagian tengahnya. Pemandangan di puncak Rinjani sangat indah sebagai upah selepas penat lelah mendaki ke puncak. Selain itu, terdapat kolam air panas yang mungkin merupakan kolam air panas tertinggi di Indonesia. Suhu di puncak Rinjani sangat sejuk dan boleh mencapai sehingga 4 darjah celsius

Pendakian ke puncak gunung Rinjani boleh dimulakan dari dua tempat iaitu pintu Senaru dengan ketinggian 600 meter dari aras laut dan pintu Sembalun dengan ketinggian 1150 meter dari aras laut. Kebanyakan pendaki memilih Pintu Sembalun kerana lebih dekat ke puncak dan kurang memenatkan.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar