Tuesday, August 15, 2017

Guilin Riverside Hostel, China - Ringkas Dan Murah Dengan Pemandangan Sungai Peach Blossom Yang Indah

Tags

Kami menginap di hostel ini pada 29 November hingga 01 Disember dan 02 hingga 03 Disember 2015.

Guilin Riverside Hostel ni terletak berhampiran jalan raya utama di sebelah Sungai Taohua yang juga dikenali sebagai Sungai Peach Blossom.

Sungai Peach Blossom

Hostel ini dihiasi secara ringkas, kesemua bilik berhawa dingin dengan lantai kayu dan mempunyai tingkap yang bersaiz besar. Saiz bilik besar dan luas. Semua bilik dilengkapi TV, Wi-Fi percuma, cerek elektrik dan bilik mandi en suite dengan pancuran mandian air panas 24 jam. Hostel ini juga menyediakan kemudahan peti simpanan keselamatan dan perkhidmatan menyimpan bagasi. 

Bilik yang kami tempah - Family Room

Cafe hostel menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa. Paling menarik, tetamu bebas untuk menconteng dinding di bahagian dalam hostel kecuali di dalam bilik. Kami turut tidak ketinggalan menconteng kenangan pada dinding berhampiran cafe hostel.

Dinding untuk diconteng

Selain itu, hostel ini juga mengurus tempahan pakej lawatan ke tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Guilin. Kami menempah tiket Li River Cruise dari Guilin ke Yangshuo di kaunter tetamu hostel ini. 

Lokasi hostel sangat strategik, Guilin Riverside Hostel hanya 500 meter dari Elephant Trunk Hill, lokasi wajib dikunjungi apabila datang ke Guilin. Jingjiang Princes City berjarak 2 km, Twins Pagoda 1 km, 5 km dari Lijiang River, 0.8 km dari Stesen Keretapi Selatan Guilin, 9 km dari Stesen Keretapi Utara, 500 meter dari stesen bas. Manakala Lapangan Terbang Liangjiang terletak lebih kurang 30 km jauhnya. Pendek kata, semua lokasi menarik sangat mudah dicapai dari Guilin Riverside Hostel.

Kesimpulan; sangat digemari oleh backpackers kerana harga biliknya yang murah, selesa dan lokasi hostel antara yang terbaik di Guilin! Highly recommended!

Berminat menempah bilik di hostel ini? Tempahlah melalui Booking.com.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon