Friday, August 18, 2017

Menggatal, Sabah: Memburu Sunset Di Bukit Kokol

Tags

Beberapa minggu yang lepas, kami sekeluarga akhirnya berkesempatan juga pergi ke Bukit Kokol, Menggatal. Tujuan kami ke Bukit Kokol hanya satu, memburu sunset nan indah di waktu senja! Melalui pembacaan, dikatakan sunset di Bukit Kokol adalah yang tercantik dalam senarai ranking top 10 sunset di Sabah.

Destinasi pemburuan kami ialah Kokol Haven Resort. Nak pergi ke sini senang saja, cari Klinik Kesihatan Menggatal yang terletak di tepi jalan raya utama Menggatal-Inanam, masuk simpang klinik tersebut dan teruskan perjalanan straight sampai nampak Kokol Haven Resort. Tak perlu risau tersesat sebab ada signboard di setiap persimpangan utama.

Sebelum sampai di Kokol Haven Resort, tepatnya di kawasan perkampungan Kokol ada sebuah chapel dengan view yang cantik.

Chapel

Jarak perjalanan ke Kokol Haven Resort dari simpang Klinik Kesihatan Menggatal ialah 11km dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Kena berhati-hati memandu sebab jalan rayanya banyak selekoh dan curam.

Kami tiba disini dalam keadaan cuaca yang kurang baik. Hujan renyai-renyai dan agak berkabus.

Kokol Haven Resort

Wefie

Disebabkan hujan renyai-renyai kami tidak jadi duduk lama disini untuk menunggu sunset. Kalau hujan sudah pastilah sunsetnya kurang menjadi. So, kami buat keputusan untuk pulang dan datang kembali ke sini di lain hari jika cuaca baik.

Agak berkabus

Semasa perjalanan turun, kami ternampak sebuah gerai serba ringkas ditepi jalan raya dengan banner Mr. Muscle Burger. Kami tertarik dengan caption "hot & spicy Tuhau Burger". Jadi apa lagi, kami berhenti dan order 2 burger tuhau dan 3 burger biasa. Alang-alang sudah order buger disini, kami duduk santai menikmati view KK. Lagipun hujan renyai-renyai kelihatan dah nak berhenti dan kemungkinan sunset akan muncul.

Mr. Muscle Burger

Mr. Muscle Burger - santai disini

Mr. Muscle Burger - memang sedap!

Ada yang mengatakan bahawa disinilah view sunset yang paling perfect kalau nak tengok sunset di bukit Kokol! Inilah hasil buruan yang kami dapat ketika duduk santai di gerai Mr. Muscle Burger.

Apapun jom layan sunset;

Bukit Kokol - Sunset

Bukit Kokol - Sunset

Bukit Kokol - Sunset

Bukit Kokol - Sunset

Bukit Kokol - Sunset

Bukit Kokol - Sunset

Pemilik gerai mengatakan sunset pada petang ini tidak begitu menjadi disebabkan hujan renyai-renyai dan agak berkabus. Walaupun sunset tidak begitu menjadi, kami tetap berpuas hati dengan hasil buruan. Apa yang pasti kami akan kembali memburu sunset disini lagi.

Sila baca versi album disini.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon