Saturday, August 12, 2017

Myanmar 03: Bogyoke Aung San Market dan Mahabandoola Park

Tags

Dari Shwedagon Pagoda ke Aung San Stadium, Bogyoke Aung San Market dan Mahabandoola Park

Berbekalkan peta sebagai panduan, kami keluar dari Eastern Stairwalk Shwedagon Pagoda dan memasuki jalan Gyar Tawya, seterusnya sampai di persimpangan jalan Old Yay Tar Shay masuk kanan. Meneruskan perjalanan sehingga sampai ke persimpangan jalan raya utama U Htaung Bo masuk kiri. Teruskan perjalanan sehingga jumpa roundabout U Htaung Bo yang mempertemukan jalan raya utama Zoological Garden, masuk kanan dan meneruskan perjalanan menyusuri Zoological Garden Road sehingga sampai di simpang Gyo Phyu Street. Aung San Stadium berada di seberang Gyo Phyu Street. Kami melintas Gyo Phyu Street dan sampai di Aung San Stadium. Perjalanan lebih kurang 1 km setengah.

Berjalan kaki dari A ke B

Sepanjang perjalanan ada sahaja teksi akan berhenti dan menegur kami jika kami perlukan perkhidmatan teksinya. "No, thank you"...kami sememangnya mau berjalan kaki sahaja.

Tujuan utama kami ke Aung San Stadium adalah untuk membeli tiket bas ke Myawaddy. Myawaddy merupakan sebuah bandar yang bersempadan dengan Mae Sot, Thailand. Berhampiran Aung San Stadium ada banyak kaunter menjual tiket bas untuk ke pelbagai destinasi di Myanmar.

Tak sangka akan bertemu dengan Shawn ~ jurujual tiket yang boleh berbahasa Melayu. Pernah berkerja di Malaysia suatu ketika dahulu. Tapi yang paling menang stail rambut hampir sama...haha. 

Shawn

Shawn mencadangkan kami menaiki bas yang bergerak pada waktu malam kerana lebih selesa. Setuju dengan cadangannya, kami membeli tiket bas GI Group Express ke Myawaddy berharga 22000 Kyat @ RM70.00/tiket.

Perjalanan pada hari esok

12.45 tengah hari - disebabkan lapar, kami mencari gerai makan berhampiran sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Bogyoke Aung San Market. Di sepanjang jalan Kun Chan berhampiran Aung San Stadium terdapat banyak gerai makan tepi jalan. Kami makan disini sahaja.

Menu yang sederhana

Berhampiran dengan gerai makan, kami ternampak sebuah gereja yang terletak di atas bukit yang tidak terlalu tinggi. Selesai makan kami menuju ke gereja tersebut. Bahagian luar gereja kelihatan usang dan tidak terjaga tapi apabila masuk kedalam bangunan gereja, agak bersih dan cantik.

Tidak pasti apa nama gereja ni

Bahagian dalam

Dari gereja tersebut kami masuk ke Ayan Pya Pagoda Street sehingga sampai di Sakura Tower. Sebelum melepasi Sakura Tower ada simpang empat, kami masuk kanan ke Bo Gyoke Road untuk ke Bogyoke Aung San Market @ Scott Market.

Perjalanan kami bermula dari C: Aung San Stadium (C) ke Bogyoke Aung San Market (D), kembali ke penginapan Okinawa Guest House (E), dan ke Mahabandoola Park (F).

C-D-E-F

Ayan Pya Pagoda Street - Sakura Tower

Ibu sedang melukis ~ untuk dijual

Bogyoke Aung San Market

Sebelum masuk ke dalam Bogyoke Aung San Market, kami...

Wefie dulu

Selesai minum, kami masuk kedalam bangunan Bogyoke Aung San Market.

Bogyoke Aung San Market

Kesimpulan untuk Bogyoke Aung San Market ~ WAJIB dikunjungi oleh mereka yang kaki shopping. Pelbagai jenis barangan dijual disini. Kain, pakaian, barangan dapur, cendramata, ukiran, barangan kemas dan banyak lagi. Kami membeli beberapa helai baju, sedikit barangan keperluan dan FM sahaja (nilai belian 32,350 Kyat @ RM100.00). Kami mengamalkan polisi tiada shopping ketika melancong, maklum saja gaya backpacker. Dari Bogyoke Aung San Market kami kembali ke penginapan untuk menyimpan barangan yang dibeli sebelum meneruskan perjalanan ke Mahabandoola Park.

Sepanjang perjalanan ke penginapan dari Bogyoke Aung San Market, saya mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan berada di Yangon.

Shikhara Hindu Temple

Holy Trinity Anglican Church

Chulia Dargah Mosque

Temple, mosque dan church letaknya hanya dipisahkan oleh selang sebaris bangunan. Keadaan seperti ini sangat mustahil untuk berlaku di Malaysia terutamanya di semenanjung Malaysia. Semasa kami berada disini, isu pemimpin nombor 1 negara kita yang turut sama dalam perhimpunan membantah pergolakan di negeri Rakhine sedang panas. Nasihat saya kepada semua pemimpin politik, fikirkan nasib rakyatmu yang berada di sesebuah negara sebelum membuat kenyataan atau mengambil tindakan terhadap negara tersebut. Chewahhhh..haha!

Terdapat juga Pusat Komuniti Syiah yang terletak berhadapan dengan Okinawa Guest House ~ Hazart Abbas (AS) Astana, Alamdar E Husayn.

Hazart Abbas (AS) Astana

Rehat sebentar di bilik penginapan. Sekitar 5.00 petang kami keluar dari penginapan dan menuju ke lokasi terakhir kami pada hari ini ~ Mahabandoola Park yang terletak berhampiran dengan penginapan kami. Kami bercadang melepak disini sehingga malam.

Ada skrin besar dipasang di Maha Bandula Park @ Mahabandoola Park ~ berlatar belakangkan Immanuel Baptist Church. Peminat bola sepak berkumpul untuk melihat siaran langsung perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2016. Malam ini akan berlangsung perlawanan antara pasukan Myanmar vs Thailand. Peminat kurang siuman juga sedang beraksi. 

Mahabandoola Park

Mahabandoola Park

Pasangan santai begitu

Ada pula mamat seorang ni sibuk nak bergambar dengan selebriti dari Malaysia.

Mahabandoola Park

Perut dah lapar, jom cari makan! Terdapat deretan gerai makan di sepanjang jalan raya berhampiran Mahabandoola Park ~ kami dinner disini.

Gerai makan

Orang Myanmar ni memang kreatif, steamboat ngok-ngok dari kulit sampai organ dalaman sebagai pembuka selera agak menarik untuk dicuba. Disahkan tak halal tapi masih boleh dimakan..hihi. 

Sedap @ 1100 Kyat

Sedap @ 5000 Kyat

Selesai makan kami pun kembali ke penginapan. Esok pagi nak meronda-ronda sekitar kota Yangon untuk melihat bangunan-bangunan kolonial tinggalan penjajah dari eropah.

Kesimpulannya ~ kepada kaki shopping, Bogyoke Aung San Market mesti dikunjungi. Mahabandoola Park pula WAJIB ada dalam itinerary anda apabila datang ke Yangon kerana di kawasan inilah tertumpunya bangunan-bangunan zaman kolonial yang terkenal.

Bersambung...

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar