Monday, August 14, 2017

New China Guesthouse - Penginapan Termurah Dengan Lokasi Paling Strategik Di Hong Kong

Tags

Kami menginap di penginapan ini pada 27 hingga 29 November 2015.

New China Guesthouse terletak di Chungking Mansions di Nathan Road, Tsim Sha Tsui di bahagian tanah besar Hong Kong, Kowloon.

Chungking Mansions

Pada pandangan saya, New China Guesthouse ini merupakan penginapan satu bintang dan kelihatan agak kurang menarik. Namun, inilah hotel termurah dengan lokasi yang paling strategik yang anda boleh jumpa di Hong Kong!

Penginapan ini masih dikira sangat baik jika dibandingkan dengan penginapan lain yang "seangkatan dengannya" yang ada disekitarnya. Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin sepenuhnya dengan kamar mandi en suite dilengkapi kemudahan pancuran mandian air panas, TV, kipas, panggilan tempatan dan perkhidmatan Wi-Fi percuma. Saya boleh katakan penginapan ini bersih dan selamat.

Bilik kami - triple room

Lokasinya di Chungking Mansions di Nathan Road, Tsim Sha Tsui benar-benar strategik! Tiga minit berjalan kaki dari Stesen Tsim Sha Tsui Timur. Star Ferry, Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong serta Star Avenue terletak hanya 10 minit hingga 15 minit berjalan kaki dari Chungking Mansions. Di dalam kompleks Chungking Mansions itu sendiri menempatkan pelbagai pilihan kedai makan dan pusat membeli-belah. 

Lokasi New China Guesthouse

Tsim Sha Tsui adalah pilihan yang tepat untuk pelancong yang berminat dengan aktiviti membeli-belah terutamanya pakaian berjenama mewah. Di kawasan ini juga anda boleh membeli-belah barangan jenama popular seperti Rolex, Cartier, Tiffany & Co, Gucci dan Louis Vuitton. 

Kesimpulannya, New China Guesthouse sangat sesuai untuk golongan backpackers. Jika saya datang ke Hong Kong sekali lagi, saya akan menginap disini semula. Harga bilik bermula dari RM124.00 hingga RM195.00 semalam. Jika anda berminat menginap disini, boleh tempah bilik melalui Booking.com.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon