Wednesday, August 2, 2017

Patung Bonda Maria Tertinggi Di Asia Tenggara Ada Di Indonesia


Patung Bonda Maria yang diberi nama Maria Assumpta dibina di kawasan Gua Maria Kerep, Ambarawa, Semarang, dipercayai merupakan patung Bonda Maria tertinggi di Asia Tenggara. Patung ini dirasmikan pembukaannya oleh Uskup Agung Semarang, Mgr. Johannes Pujasumarta pada Ogos 2015. Struktur patung ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu patung Bonda Maria itu sendiri setinggi 23 meter dan ketinggian tiang penopangnya 19 meter. Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan bahawa patung Bonda Maria Assumpta ini mendapat pengiktirafan sebagai patung Bonda Maria tertinggi di dunia oleh Lembaga Prestasi Indonesia - Dunia (LEPRID) dengan ketinggian keseluruhan 42 meter.

Patung dibina menghadap kearah matahari terbit sebagai gambaran bahawa Bonda Maria menyinari seluruh umat manusia yang jahat mahupun yang baik. Penopang patung Bonda Maria dihiasi oleh lukisan yang menggambarkan tujuh duka Bonda Maria. Selain itu, patung Bonda Maria ini juga dibina sebagai simbol perdamaian dunia. Sejak dibuka secara rasmi sebagai kawasan pelancongan keagamaan, ratusan ribu pengunjung telahpun mengunjungi patung Bonda Maria ini.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar