Monday, November 20, 2017

Pemandangan Matahari Terbenam Di Pulau Labuan

Tags

Pulau Labuan yang mempunyai keluasan 95 kilometer persegi dengan jumlah penduduk kira-kira 80,000 orang merupakan Wilayah Persekutuan kedua Malaysia. Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, 2 jam setengah penerbangan dari Kuala Lumpur, dan sekitar 30 kilometer dari pantai Brunei. Pulau Labuan merupakan pelabuhan bebas cukai dan telah diisytiharkan sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa (IOFC) pada Oktober 1990.

Sejak diistiharkan sebagai Wilayah Persekutuan, pembangunan yang rancak dan pesat boleh dilihat hampir di seluruh pulau ini. Selain terkenal sebagai sebuah pulau bebas cukai, Labuan juga terkenal dengan aktiviti sukan laut di peringkat antarabangsa. Taman Burung di Tanjung Kubong, Taman Botani, Muzium Labuan, Pulau Kuraman, Pulau Burong dan Pulau Rusukan Besar menjadikan Labuan begitu istimewa di mata pengunjung. Tarikan lain yang menjadi kemestian untuk dilawati ialah Dataran Labuan dan Tugu Peringatan Perang Dunia II yang mempunyai nilai sejarah peninggalan zaman silam dan semua itu menjadi daya tarikan penting Labuan.

Apapun pemandangan matahari terbenam disebalik pulau Labuan tidak kurang menariknya. Gambar dibawah merupakan pemandangan matahari terbenam yang diambil dari atas Ferri Kenderaan Goodwill Star yang bertolak dari Labuan pada jam 5.30 petang ke Menumbok, Sabah.

Sunset ~ Pulau Labuan

Sunset ~ Ferri kenderaan Goodwill Star

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar