Thursday, March 1, 2018

Thailand 01: Sehari Perjalanan Darat Dari Mae Sot ke Chiang Rai

Tags

10 Disember 2016 ~ Hari Pertama di Thailand: Sehari perjalanan darat dari Mae Sot ke Chiang Rai.

Kami memasuki sempadan Thailand di bandar Mae Sot dari Myawaddy, Myanmar melalui Thai-Myanmar Friendship Bridge. Thailand bukanlah asing bagi kami kerana kami telah beberapa kali memasuki Thailand sejak lama dulu. Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk memasuki Thailand cuma saja ada borang ketibaan ala-ala visa-on-arrival yang perlu diisi sebelum berurusan di kaunter imigresen.

ICQ Mae Sot

Selesai isi borang ketibaan kami terus ke kaunter imigresen dan tanpa sebarang masalah kami sudahpun berada didalam sempadan Thailand! Kami tidak stay di Mae Sot kerana tujuan kami memasuki Thailand adalah untuk ke Chiang Rai menggunakan pengangkutan darat, naik bas. Perjalanan sejauh lebih kurang 500km.

Berikut merupakan perjalanan kami pada hari ini;

1. Dari sempadan (imigresen) ke Mae Sot Bus Terminal@ Western Bus Station menaiki motosikal@ Baht 160 untuk 2 buah motosikal. Jarak 2.5km.

2. Mae Sot Bus Terminal@ Western Bus Station ke City Bus Station di pusat bandar Mae Sot dengan menaiki tuk-tuk @ Baht 120. Jarak 5km.

3. Menaiki mini van dari City Bus Station ke Tak Provincial Bus Terminal di Tak @ Baht 156 untuk 3 orang. Jarak 100km.

4. Tak Provincial Bus Terminal ke Chiang Mai Bus Station/ Terminal 3 menggunakan bas @ Baht 324 untuk 2 orang.

5. Chiang Mai Bus Station/ Terminal 3 ke Chiang Rai Old Bus Terminal menaiki bas @ Baht 258 untuk 2 orang.

6. Chiang Rai Old Bus Terminal ke penginapan/Baan Bua Homestay menaiki tuk-tuk @ Baht 60.

Sebenarnya kami nak naik bas direct dari Mae Sot ke Chiang Rai tapi tiket telah habis dijual. Kami guna Plan B.

Motosikal ke Mae Sot Bus Terminal

Jarak Mae Sot ke Tak ialah 100km dan mengambil masa perjalanan selama lebih kurang 1 jam 30 minit. Bas bergerak selang 30 minit. Sepanjang perjalanan ke Tak ada beberapa sekatan pemeriksaan keselamatan oleh polis dan tentera. Dilarang mengambil gambar kerana polis akan menganggap kita sedang melakukan sesuatu yang meragukan mereka. Nasib la kamera tidak dirampas. Keadaan jalan raya berturap dan berkualiti tinggi.

Sekatan keselamatan

Saya ditegur oleh polis ketika mengambil gambar di atas.

Tak Provincial Bus Terminal

Tiba Tak Provincial Bus Terminal dan meneruskan perjalan dengan menaiki bas menuju Chiang Mai ~ jarak perjalanan lebih kurang 220 km.

Dalam bas menuju Chiang Mai

Chiang Mai Bus Station

Meninggalkan Chiang Mai menuju Chiang Rai ~ jarak perjalanan lebih kurang 200 km.

Lebih kurang jam 8.30 malam kami sampai di Chiang Rai Old Bus Terminal yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Chiang Rai. Chiang Rai mempunyai dua stesen bas iaitu Old Bus Terminal dan New Bus Terminal. New Bus Terminal terletak 7 km dari pusat bandar Chiang Rai, terminal baru ini khas untuk perhentian bas dari/ke mana-mana destinasi di seluruh Thailand. Old Bus Terminal pula untuk perhentian bas dari/ke mana-mana kawasan dalam daerah Chiang Rai termasuk Mea Sai dan Chiang Khong. Bas dari Chiang Mai juga akan berhenti disini selepas singgah sebentar di New Bus Terminal dan begitu juga sebaliknya.

Chiang Rai - hari dah gelap

Dari Old Bus Terminal kami menaiki tuk-tuk ke penginapan. Selesai check in, kami kluar sebentar ke pusat bandar untuk dinner.

Dijamin sedap @ Baht 117

9.30 malam ~ selesai dinner kami pun kembali ke penginapan. Esok kami kena bangun awal untuk pergi ke tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Chiang Rai.

Keseluruhannya, perjalanan sepanjang hari ini sejauh lebih kurang 500 km tak la mencabar sangat, cuma saja leceh sebab kena tukar naik motosikal, tuk-tuk, van dan bas di setiap perhentian untuk sampai ke Chiang Rai dari Mae Sot. Selain itu, badan lenguh kerana lama duduk dalam bas.

Bersambung...

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon