Saturday, March 3, 2018

Thailand 02: Chiang Rai dan Mae Sai

Tags

Sehari di Chiang Rai dan Mae Sai

11 Disember 2016 ~ Hari Kedua di Thailand.

Walaupun penat sehari perjalanan dari Mae Sot pada hari sebelumnya, kami tetap bangun awal untuk memenuhi senarai tempat menarik yang perlu kami kunjungi sepanjang hari ini seperti yang sudah dirancang iaitu;

1. Baan Dam Museum @ Black Temple
2. Chiang Rai First Church
3. White Temple
4. Chiang Rai Beach
5. Wat Phra That Wai Dao
6. The Golden Triangle

Semua lokasi tersebut berada di luar bandar Chiang Rai dan perlu menaiki bas dan tuk-tuk yang berbeza. Jarak paling jauh ialah Wat Phra That Wai Dao dan the Golden Triangle di Mae Sai dengan jarak 60 km. Oleh itu, tepat jam 6.40 pagi, kami keluar dari penginapan dan berjalan kaki ke pusat bandar Chiang Rai untuk sarapan sebelum bergerak ke semua lokasi yang dirancang.

3H2M disini@Baht 1170 (RM147.00)

Baan Bua Homestay sebenarnya hanya terletak 300 meter dari jalan raya utama di pusat bandar Chiang Rai. Tidak sampai 10 minit berjalan kaki kami sampai di jalan raya utama. Suasana masih lengang, permis perniagaan juga masih belum beroperasi.

Chiang Mai diwaktu pagi

Kami tercari-cari kedai makan di sepanjang jalan raya utama untuk sarapan tapi belum ada yang beroperasi lagi. Mungkin bagi peniaga di Chiang Rai, pukul 7.00 pagi masih terlalu awal untuk memulakan perniagaan. Oleh itu, kami memasuki lorong-lorong kecil. Mungkin ada peniaga kecil-kecilan yang sudah memulakan perniagaan disana. Memang betul ada tapi bukan kedai makan melainkan agensi pelancongan. Kami masuk dan saja-saja bertanya kepada staf di kaunter. Dipendekkan cerita, kami mengambil pakej pelancongan yang ditawarkan agensi ini dengan bayaran Baht 2000 @ RM250.00 untuk dua orang dewasa. Kanak-kanak bawah 7 tahun free.

Parn Trek Trekking & Sightseeing

Pakej yang kami tempah ialah pakej bersama dengan lima lokasi yang kami pilih. Ini bermaksud kami akan berada dalam bas pelancong bersama-sama dengan pelancong yang lain. Jika kami pilih lima lokasi dan pelancong lain yang bersama dalam bas memilih tujuh lokasi maka kami akan turut dibawa bersama ke lokasi tersebut. Untung bukan? Bas akan mula bergerak pada jam 7.30 pagi dan kembali semula disini pada jam 7.00 malam.

Sebelum bergerak kami cari sarapan dahulu @ Baht 300. Kami diingatkan supaya berkumpul di hadapan Parn Trek sebelum 7.30 pagi. Selesai sarapan kami kembali semula ke Parn Trek, tiga kumpulan pelancong yang akan bersama-sama dalam bas telahpun tiba. Kumpulan pertama ialah sekeluarga dari Malaysia (3 orang), kumpulan kedua juga dari Malaysia (2 orang pemuda ~ mereka ini baru tiba dari Houay Xai, Laos semalam) dan kumpulan ketiga ialah pelancong dari eropah ~ Holland dan Belgium (2 orang perempuan ~ rakan karib).

Van Parn Trek

Tepat Jam 7.30 pagi kami pun bergerak. Layanlah gambar dan nilai sendiri lokasi-lokasi yang kami telah lawati.

Nak tau dan lihat gambar-gambar di lokasi tersebut? Sila klik link dibawah;

Chiang Rai:
Destinasi Pertama: White Temple (Wat Rong Khun)
Destinasi Kedua: Blue Temple @ Wat Rong Suea Ten
Destinasi ketiga: The Black House @ Black Temple (Baandam Museum)
Destinasi keempat: Long Neck Karen Village
Destinasi Kelima: Choui Fong Tea Plantation (Mae Chan District)
Destinasi Keenam: Monkey Cave & Temple @ Wat Tham Pla

Mae Sai District: The Northern Most Part of Thailand

Mae Sai merupakan bandar sempadan antara Thailand dengan Myanmar di bahagian paling utara negara Thailand. Jarak Chiang Rai ke Mae Sai ialah 60 km dan mengambil masa perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit bergantung kepada keadaan trafik.

ICQ Thailand - Myanmar

Mae Sot:
Destinasi Ketujuh: Temple on The Hill @ Wat Phra That Wai Dao
Destinasi Kelapan: House of Opium Museum
Destinasi Kesembilan: The Golden Triangle
Destinasi Kesepuluh: Sunset View

Selesai mengunjungi kesemua lokasi terdsebut, kami kembali ke bandar Chiang Rai dan diturunkan di depan Parn Trek Trekking & Sightseeing.

Seterusnya...dinner @ Baht 117 dan cuci mata dahulu di sepanjang jalan raya utama sebelum kembali ke penginapan. Esok pagi kena bangun awal untuk perjalanan ke Chiang Khong dan menyeberangi sempadan ke Houay Xai, Laos.

Bersambung...

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon