Tuesday, March 13, 2018

Thailand 03: Chiang Rai ke Chiang Khong

Tags

12 Disember 2016 ~ Hari ketiga dan terakhir di Thailand

Hari ini kami akan meninggalkan Chiang Rai dan Thailand. Destinasi seterusnya ialah Houay Xai @ Bakeo di Laos. 6.45 pagi ~ Check out dan terus ke pusat bandar Chiang Rai. Objektif pagi ini, ke Chiang Rai Old Bus Terminal, sarapan dan menaiki local bus ke pusat pemeriksaan sempadan Thai-Laos di Chiang Khong.

Wat Chet Yot

Sebelum ke terminal bas...sarapan dulu. Menu nasi ayam+ngok2+itik..sedap ok!

Sarapan @ Baht 30/person

Selesai sarapan, kami menuju ke stesen bas. Ketika kami disini, stesen bas masih lagi dalam pembinaan di atas tapak stesen bas lama. Pihak berkuasa tempatan menyediakan stesen bas sementara bersebelahan dengan tapak pembinaan. Sistem pengangkutan di Thailand boleh dikatakan cekap walaupun tidak begitu selesa terutamanya local bus. Oleh itu, tidak sukar untuk menggunakan pengangkutan awam dan kebanyakan pelancong tidak akan menghadapi masalah berkaitan pengangkutan di Thailand.

Stesen bas dalam pembinaan

8.00 pagi ~ menaiki bas ke Chiang Khong.

Menuju Chiang Khong @ Baht 65/person

Sejak Disember 2013, pintu masuk ke sempadan Loas dari Chiang Khong adalah melalui Thai-Laos Friendship Bridge 4 yang terletak 9km sebelum sampai ke Chiang Khong jika perjalanan dari arah Chiang Rai. Oleh itu, kami diturunkan di tepi jalan raya berhampiran dengan simpang ke sempadan Thai-Laos. Nak ke sempadan kena naik tuk-tuk yang sedia menanti ditepi jalan raya @ Baht 100.

ICQ Chiang Khong, Thailand

Untuk ke sempadan Laos dari sempadan Thailand, kena naik bas untuk menyebrangi Thai-Laos Friendship Bridge 4 dengan tambang Baht 25/person.

Bas ke ICQ Bakeo, Laos

11.15 pagi ~ tiba di pusat pemeriksaan keselamatan sempadan Laos.

ICQ Bakeo, Laos

Secara keseluruhannya, perjalanan dari Chiang Rai ke sempadan Thailand-Laos di Chiang Khong adalah lancar. Kami tidak menghadapi apa-apa masalah yang menyulitkan untuk sampai di pusat pemeriksaan keselamatan sempadan Bakeo, Laos. Sekitar jam 12.00 tengah hari kami telahpun berada didalam negara Laos dan menuju ke bandar terdekat Houay Xay. 

~TAMAT~

Baca episod sebelumnya: Sehari di Chiang Rai dan Mae Sai

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar