Tuesday, June 12, 2018

Jepun & Korea Selatan: Misi Mencari Maria Ozawa dan Kim Tae Hyung

Trip kali ni pelik sikit namanya misi "Mencari Maria Ozawa & Kim Tae Hyung 2018". Maklum la siapa yang tidak kenal kedua-dua selebriti terkenal ni. Bila sebut Maria Ozawa pasti teringatkan Jepun. Kenal tak? Begitu juga dengan Kim Tae Hyung yang sinonim dengan kumpulan artis K-Pop Korea Selatan. Kim Tae Hyung ni one of the most charming K-Pop male kunun la. Selain tu, Kim yang lebih mesra dengan panggilan V merupakan anggota kumpulan BTS telah dinobatkan sebagai lelaki paling kacak di dunia pada tahun 2017 menerusi senarai yang dikeluarkan oleh TC Candler. Kamu ada? Mau tau lebih lanjut tentang mereka berdua ni search di google. Tapi remaja bawah umur dilarang keras search Maria Ozawa.

Misi dilancarkan bermula 25 Mei 2018 dan berakhir pada 02 Jun 2018. Misi ini memakan masa 9 hari 8 malam di dua buah negara iaitu Jepun dan Korea Selatan. Apapun layan dulu beberapa keping gambar dari beberapa lokasi yang telah kami kunjungi.

Arashiyama (Sogenchi Garden)

Osaka Castle

Gyeongbokgung Palace

Cheonjeyeon Falls


Saya kongsikan ringkasan itinerary, budget dan info sebagai panduan.

Itinerary

Itinerary

Perjalanan kami berkonsepkan backpacker dengan budget rendah bermula dari KKIA, Kota Kinabalu, Sabah ke KLIA2 pada 25hb Mei 2018. Perjalanan kami seperti berikut;

25 Mei - Penerbangan Airasia dari KKIA ke KLIA2 (berlepas 5.25AM- mendarat 8.05AM) seterusnya menaiki penerbangan Airasia X dari KLIA2 ke Kansai International Airport (Osaka, Jepun) (berlepas 2.00PM - mendarat 9.25PM waktu tempatan). Menaiki train dari Kansai International Airport ke Osaka City. Menginap di Sunplaza Hotel selama 3 malam; check in 25 Mei, check out 28 Mei.

26 Mei - Awal pagi menaiki train ke Kyoto. Meluangkan masa sepanjang hari di Kyoto; Fushimi Inari Taisha, Arashiyama (Sogenchi Garden), Kiyomizu-dera dan Gion. Kembali ke Osaka pada sebelah malam.

27 Mei - Meneroka Osaka City; Osaka Castle, Tennoji Park, Osaka Aquarium (Kaiyukan) dan Tempozan Ferris Wheel pada sebelah pagi. Seterusnya menaiki train menuju ke Kobe; Nunobiki Park (Nunobiki Falls), Kobe Earthquake Memorial Park, Meriken Park, Kobe Port Tower dan Mosaic Big Ferris Wheel. Kembali ke Osaka City pada sebelah malam dan menghabiskan masa di sekitar Dontoburi sehingga pukul 11.00PM.

28 Mei - Check out dari Sunplaza Hotel dan naik train ke Kansai International Airport. Menaiki penerbangan Peace Airline ke Incheon International Airport, Seoul, Korea Selatan (berlepas 12.35PM - mendarat 2.25PM waktu tempatan). Seterusnya menaiki train ke penginapan K-Guesthouse Insadong 2 Myeongdong, Seoul. Sebelah petang menghabiskan masa menyusuri Cheonggyecheon Stream, menikmati sunset di Banpo Bridge dan berbuka puasa di Myeongdong Food Street.

29 Mei - Check out 7.30 pagi. Meluangkan masa di sekitar Changdeokgung Palace dan Bukchon Hanok Village. Menaiki train ke Gimpo International Airport seterusnya terbang ke pulau Jeju dengan pesawat Jeju Air (berlepas 7.05PM - mendarat 8.15PM). Tiba di Jeju International Airport dan menaiki airport shuttle bus ke AJ Rent a Car untuk mengambil kereta sewa dan memandu ke penginapan; Check in di Jeju R Hotel.

30 Mei - 8.00 pagi; memandu ke Seongsan Ilchulbong, Seopjikoji, Jeju Folk Village, Cheonjeyeon-Cheonjiyon Falls dan Oedolgae Rock. Kembalikan kereta sewa dan menumpang taksi kembali ke penginapan.

31 Mei - Check out 5.30 pagi. Menaiki taksi dari penginapan ke Jeju International Airport. Terbang ke Seoul dengan pesawat Jeju Air (7.40AM berlepas - mendarat 8.50AM waktu tempatan). Check in semula di K-Guesthouse Insadong 2 Myeongdong, Seoul. Berkunjung ke Gyeongbokgung Palace dan melepak di sekitar Cheonggyecheon Stream. Kembali ke penginapan dan rehat.

01 Jun - Check out 6.00 pagi. Menaiki train ke Incheon International Airport. Terbang kembali ke KLIA2 dengan pesawat Airasia X (4.25PM berlepas - mendarat 9.55PM). Tiba di KLIA2 dan stay disini sehingga subuh.

02 Jun - 5.50AM menaiki penerbangan Airasia dan tiba di KKIA pada jam 8.30AM.

Budget

Japan:
1. Penginapan: RM343.00
2. Makan & Minum: RM480.00
3. Pengangkutan: RM510.00
4. Lain-lain: RM347.00
Jumlah: RM1,680.00

South Korea:
1. Penginapan: RM522.00
2. Makan & Minum: RM480.00
3. Pengangkutan: RM354.00
4. Lain-lain: RM655.00
Jumlah: RM2011.00

Kos keseluruhan tidaklah tinggi sangat;

1. Penginapan: RM865.00
2. Makan & Minum: RM960.00
3. Pengangkutan: RM864.00
4. Lain-lain: RM1002.00
5. Flight: RM4968.85

Keseluruhan: RM8659.85

Jumlah kos keseluruhan RM8659.85. Jumlah ni merupakan kos untuk tiga orang (termasuk 1 orang kanak-kanak) selama 9 hari 8 malam. RM8659.85 / 3 orang =RM2886.62 seorang. RM2886.62 / 9 hari =RM320.73 sehari. Mahal atau murah? Walau bagaimanapun pada hari terakhir sebelum terbang kembali ke tanah air dari Seoul terpaksa tambah RM4050.00. Mau tau kenapa berlaku tambahan ni? Jawapannya ada dalam episod yang terakhir untuk entry Mencari Maria Ozawa & Kim Tae Hyung 2018 ni.


Sedikit Info

Japan: Perjalanan yang mudah dan sangat mesra pelancong dengan amalan sivik rakyatnya yang begitu tinggi. Tersenarai dalam sebilangan kecil negara terbersih di dunia. Negara kepulauan dengan status ekonomi negara maju. Kemudahan pengankutan sangat sistematik dan efisien. Penguasaan bahasa Inggeris tidak begitu baik tapi masih ok. Mereka sangat-sangat berusaha membantu anda jika perlu. Kos hidup sangat tinggi. Kalau nak jimat kos makan minum, beli makanan di kedai runcit seperti Family Mart. Pelancong Malaysia tidak perlukan visa untuk memasuki Japan. Tapi masih wajib mengisi Visa on Arrival.

South Korea: Destinasi pelancongan popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Terletak di semenanjung Korea dan bersempadan darat dengan negara kuku besi Korea Utara. Kerap berlaku ketegangan di sepanjang kedua-dua sempadan negara Korea Selatan dan Korea Utara. Walau bagaimanapun masih selamat untuk dikunjungi. Sentiasalah mengikuti perkembangan semasa sebelum bertolak ke Korea Selatan. Sama seperti Jepun, Korea Selatan berstatus ekonomi negara maju. Kemudahan pengankutan sangat baik dan cekap. Penguasaan bahasa Inggeris tidak begitu baik tapi masih ok. Kos hidup juga agak tinggi. Jangan harap boleh dapat makanan ala-ala nasi ekonomi dengan harga RM6.00 disini. Rakyat Malaysia tidak diperlukan visa untuk memasuki Korea Selatan. Wajib isi Visa on Arrival.

Secara keseluruhannya, melancong secara backpacker ke Jepun dan Korea Selatan selama 9 hari 8 malam sangat mencabar dan meletihkan tapi sangat-sangat berbaloi dengan kos yang rendah. Perjalanan seperti ini sesuai untuk ahli rombongan kecil yang tidak cerewet dan bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang perjalanan. Berkeupayaan untuk menukar plan sedia ada pada saat akhir jika perlu; mesti ada plan B dan C. Wajib mempunyai lesen memandu antarabangsa jika mahu menyewa kereta pandu sendiri di Jepun dan Korea Selatan.

Sesuai tak perjalanan ini kami namakan sebagai misi Mencari Maria Ozawa & Kim Tae Hyung?

Versi album untuk entry ini juga boleh dibaca disini.

Sila baca selengkapnya disini (akan diupdate secara berperingkat):
Episod 01: Perjalanan ke Osaka, Jepun
Episod 02: Update akan datang
Episod 03: Update akan datang
Episod 04: Update akan datang
Episod 05: Update akan datang
Episod 06: Update akan datang
Episod 07: Update akan datang

Artikel Terkait

This Is The Newest Post


EmoticonEmoticon