Monday, July 2, 2018

Hari 01: Penerbangan ke Osaka, Jepun

Tags

Jepun dan Korea Selatan bukanlah negara yang termasuk dalam senarai negara yang akan kami lawati dalam masa yang terdekat. Sekurang-kurangnya tidak dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang. Negara yang telah kami masukkan dalam senarai pendek untuk dilawati pada tahun ini ialah Taiwan, Maldives, Bangladesh, India dan Nepal. Keutamaan adalah kombinasi negara Bangladesh, India dan Nepal.

Perjalanan kami ke Jepun dan Korea Selatan berkonsepkan backpacker dengan budget rendah bermula dari KKIA, Kota Kinabalu, Sabah. Baca Itinerary disini. Perjalanan kami seperti berikut;

KKIA-KLIA-OSAKA-SEOUL-JEJU-SEOUL-KLIA-KKIA

Masa untuk membuat perancangan dan persiapan ke Jepun dan Korea Selatan agak singkat iaitu kurang tiga minggu selepas tiket flight berjaya ditempah.

25 Mei - Penerbangan Airasia dari KKIA ke KLIA2 (berlepas 5.25AM- mendarat 8.05AM) seterusnya menaiki penerbangan Airasia X dari KLIA2 ke Kansai International Airport (Osaka, Jepun) (berlepas 2.00PM - mendarat 9.25PM waktu tempatan). Menaiki train dari Kansai International Airport ke Osaka City. Menginap di Sunplaza Hotel selama 3 malam; check in 25 Mei dan check out pada 28 Mei.


Pesawat Airasia ke Osaka ialah Airasia X. Pesawat ini bersaiz lebih besar dan selesa berbanding pesawat airasia yang lain. Cuma saja pesawat airasia ini memboringkan kerana tiada hiburan sepertimana pesawat Malindo. Penerbangan ke Osaka memakan masa lebih kurang 7 jam. Sepanjang perjalanan hanya mampu melihat awan, makan, menghayal dan bermimpi.

Wajib begini

Sebelum mendarat di Kansai International Airport, paramugari mengedarkan disembarkation card dan customs declaration kepada semua penumpang bukan warganegara Jepun. Sebaik-baiknya dokumen ini disi lengkap ketika masih berada dalam pesawat untuk kelancaran urusan di kaunter imigresen dan kastam terutamanya apabila anda perlu mengejar masa menaiki train ke pusat bandar Osaka. Untuk pengetahuan, train akan berhenti beroperasi pada jam 12.00 tengah malam.

Wajib isi

Tiba di Kansai International Airport

Selesai segala urusan imigresen dan kastam, kami bergegas membeli tiket train ke pusat bandar Osaka atau lebih tepat ke Stesen Shin-Imamiya. Hotel kami terletak bersebelahan pintu sahaja dengan stesen ini.

Sunplaza Hotel

Bilik hotel sempit tapi agak bersih. Kemudahan lain di hotel ni seperti bilik mandi, tandas dan lain-lain juga agak cemerlang. Mangkuk tandasnya boleh diubah suhu mengikut keselesaan pengguna. Canggih!


Nikmati

Selesai mandi dan menyediakan persiapan ke Kyoto pada esok pagi tiada apa yang boleh dilakukan lagi selain daripada rehat dan tidur secukupnya. Esok pagi kami akan berangkat ke Kyoto sekitar jam 7.00 pagi menggunakan train.

Nantikan episod seterusnya...

Anda juga boleh membaca entry ini di SINI (lebih banyak gambar).

Artikel Terkait

This Is The Newest Post


EmoticonEmoticon