Wednesday, August 22, 2018

Amelia 2 Guest House - Penginapan Termurah di Kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia

Pada 27 September 2017 yang lepas, kami menginap di Amelia 2 Guest House selama satu malam sebelum bergerak ke Danau Toba pada keesokan harinya. Guest house ini terletak di Kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia.

Gereja Graha Maria Annai Velangkani di Kota Medan

Kami menempah bilik jenis standard double room. Saiz bilik sederhana dengan kemudahan dalam bilik yang terhad. Keadaan dalam bilik masih boleh dikatakan selesa sesuai dengan harganya.

Setiap bilik mempunyai aircond, kamar mandi peribadi, akses Wi-Fi percuma, TV, ruang tamu yang lengkap dengan perabot, meja makan dan ruang sidaian pakaian. Pemilik dan staf bersedia membantu pelancongan mendapatkan kemudahan pengangkutan jika diperlukan.

Selain itu, penginapan ini juga menawarkan program bahasa Inggeris di mana tetamu berpeluang melawat sekolah berdekatan dan berinteraksi dengan pelajar tempatan.

Standard Double Room @ RM28.00/ malam

Lokasi penginapan ini terletak berhampiran dengan beberapa buah restoran yang menyajikan masakan tempatan Indonesia. Masjid Besar Medan dan Maimun Palace terletak 3.8 km dari Amelia 2 Guest House. Lapangan terbang terdekat dengan penginapan ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu iaitu sejauh 25 km.

Lokasi penginapan

Kesimpulan; penginapan ini sangat digemari oleh pelancong dengan bajet rendah kerana harga biliknya adalah yang termurah di Kota Medan! Recommended!

Berminat menempah bilik di guest house ini? Tempahlah melalui Booking.com.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar