Wednesday, August 15, 2018

Bamboo House Hotel - Lokasi Penginapan Terbaik & Murah di Pusat Bandar Yangshuo, China

Kami menginap di hotel ini semasa melancong secara backpacker ke Yangshuo pada 01 hingga 02 Disember 2015. Kami menempah bilik jenis twin bed untuk dua orang dewasa. Keadaan cuaca pada ketika itu kurang baik kerana hujan dan agak berkabus.

Lijiang River

Hotel ini sebenarnya agak tersembunyi sedikit di lorong yang agak sempit. Walau bagaimanapun tidaklah sukar untuk menemui lokasinya. Hotel ringkas, kelengkapan yang sederhana dengan ruang bilik yang kecil. Jika dinilai sebaiknya, penginapan ini lebih sesuai jika menggunakan istilah inn berbanding hotel.

Ruang bilik hotel @ RM65.00

Semua bilik dilengkapi penghawa dingin, cerek elektrik, TV kabel, Wi-Fi percuma dan bilik mandi. Sesetengah unit mempunyai balkoni peribadi. Tetamu boleh menyewa basikal untuk meneroka Yangshuo. Perkhidmatan dobi, simpanan bagasi, kemudahan faks dan fotokopi turut tersedia di lobi hotel. Cafe hotel menyajikan hidangan antarabangsa dan makanan Cina tempatan. Selain itu, Bamboo House Hotel ada menyediakan dan mengurus tempahan pakej lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Yangshuo. 

Hotel ini terletak berhampiran Lijiang River dan Xijie Pedestrian Street @ West Street yang menjadi ikon paling ikonik di Yangshuo, China. Kemeriahan sepanjang Xijie Pedestrian Street bermula pada jam 10.00am hingga 11.00pm. Sepanjang tempoh tersebut, West Street akan dipenuhi dengan pelbagai gerai jualan seperti makanan, pakaian, sayur-sayuran dan banyak lagi. Xijie Pedestrian Street sesak kerana menjadi tumpuan utama pelancong asing dan tempatan.

Lokasi hotel

Kesimpulan; penginapan ini sangat digemari oleh backpackers kerana harga biliknya yang murah, selesa untuk dua orang sebilik dan lokasi hotel antara yang terbaik di Yangshuo! Recommended!

Berminat menempah bilik di hotel ini? Tempahlah melalui Booking.com.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar