Friday, August 24, 2018

Berastagi Sunrise Guest House - Lokasi strategik dengan pemandangan gunung yang menarik di Berastagi, Indonesia

Terletak di pinggir bandar Berastagi, Berastagi Sunrise Guest House merupakan salah satu penginapan yang digemari oleh pelancong apabila berkunjung ke Berastagi. Kami menginap di sini selama 1 malam iaitu pada 29 September 2017.

Gunung Sinabung - gunung berapi aktif

Penginapan bertaraf 1-bintang. Semua bilik mempunyai kamar mandi peribadi yang dilengkapi dengan pancuran mandian air panas. Wi-Fi percuma dan lain-lain kelengkapan asas juga disediakan didalam bilik. Sementara bilik-bilik tertentu mempunyai pemandangan pergunungan, balkoni dan sudut yang baik untuk menangkap gambar matahari terbit sekitar pukul 6.30 pagi. 

Selain itu, sarapan halal juga disediakan oleh pihak guesthouse. Apa yang paling penting ialah; penginapan ini menawarkan perjalanan ke gunung berapi Sibayak untuk melihat matahari terbit dari puncak gunung Sibayak.

Kami menempah bilik jenis Double Room with Mountain View berharga RM45.00/ malam. Saiz bilik sederhana dengan kemudahan dalam bilik yang asas.

Double Room with Mountain View @ RM45.00/ night

Lokasi penginapan ini terletak sangat dekat dengan masjid, balai polis, muzium, gundaling, pasar buah-buahan dan pengangkutan awam. Lapangan terbang terdekat dengan penginapan ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu iaitu sejauh 65 km.

Berastagi ialah bandar terdekat, iaitu 5 minit berjalan kaki dari penginapan. Gunung Sibayak terletak sejauh 15 km dan gunung Sinabung pula sejauh 13 km dari penginapan ini.

Lokasi penginapan

Kesimpulan; penginapan ini sangat digemari oleh pelancong kerana bersih, selesa, pemandangan dari hotel yang cantik dan lokasi guesthouse antara yang terbaik di Berastagi! Highly recommended!

Berminat menempah bilik di hotel ini? Tempahlah melalui Booking.com.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar