Thursday, August 16, 2018

Guangzhou Xidiwan Hotel - Penginapan Terbaik Kepada Penggemar Barangan Borong di Guangzhou, China

Guangzhou Xidiwan Hotel terletak di tepi Sungai Mutiara @ Zhujiang River dalam kawasan Yue Xiu District, Guangzhou, China. Kami menginap di hotel ini untuk satu malam; check in pada 03 Disember dan check out 04 Disember 2015. Jenis bilik yang kami tempah; twin bed dengan saiz bilik yang luas berharga RM102.00/ night.

Zhujiang River

Hotel ini menawarkan penginapan yang berpatutan dengan akses internet percuma di setiap bilik. Setiap bilik juga berhawa dingin dilengkapi dengan meja kerja, TV, bilik mandi en suite lengkap dengan peralatan mandi dan pancuran mandian air panas. Perkhidmatan dobi juga disediakan.

Selain itu, hotel ini juga ada menyediakan dan mengurus tempahan pakej lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Guangzhou. Kepada mereka yang sukar bangun awal atau risau terbangun lewat, anda patut mempertimbangkan untuk menginap di hotel ini kerana pihak hotel menawarkan perkhidmatan bangun kepada mereka yang memerlukan. 

Twin bed @ RM102.00

Guangzhou Xidiwan Hotel berjarak 10 minit berjalan kaki dari Stesen Subway Line 6 Yide Road dan 25 minit pemanduan dari Canton Trade Fair. Terletak 800 meter dari Hai Zhu Square dan 1.5 km dari Shangxiajiu Pedestrian Street yang terkenal sebagai destinasi tumpuan utama pelancong di Guangzhou. Lokasi hotel didalam kawasan Yue Xiu District adalah pilihan terbaik untuk pelancong yang berminat membeli-belah barangan di kawasan pasar secara runcit dan borong seperti pakaian, aksesori dan pelbagai produk makanan laut. Bersebelahan dengan hotel ini terdapat restoran cina muslim.

Lokasi hotel

Kesimpulan; harga biliknya boleh dikatakan murah dan selesa sesuai dengan status Guangzhou sebagai bandar pelabuhan yang ke-15 tersibuk di dunia. Lokasi penginapan ini juga sangat sesuai kepada penggemar aktiviti membeli belah secara borong! Recommended!

Berminat menempah bilik di hotel ini? Tempahlah melalui Booking.com.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar