Thursday, August 23, 2018

Hotel Carolina - Hotel bertaraf dua bintang dengan kawasan pantai peribadi di Pulau Samosir, Indonesia

Kami menginap di Hotel Carolina selama satu malam pada 28 September 2017. Hotel ini terletak di Tuk-Tuk, Pulau Samosir, Sumatera Utara, Indonesia.

Huta Siallagan - Lokasi popular di Pulau Samosir

Hotel Carolina merupakan penginapan bertaraf 2-bintang dengan kawasan pantai peribadi yang cantik. Hotel ini juga mempunyai jeti feri sendiri. Antara kemudahan yang disediakan di penginapan ini ialah cafe, lounge berkongsi dan Wi-Fi percuma. Semua bilik dilengkapi dengan kamar mandi peribadi dan terdapat bilik tertentu yang mempunyai ruang balkoni.

Tetamu Hotel Carolina boleh menikmati aktiviti di dalam dan sekitar Tuk-Tuk seperti berbasikal dan memancing. Yang paling penting ialah persembahan Tarian Tradisional Batak pada setiap hari Khamis. Penginapan ini terletak di kawasan yang mempunyai banyak restoran, kedai sewa motosikal dan basikal, kedai kopi, spa dan bar.


Kami menempah bilik jenis Deluxe Twin Room with Sea View. Saiz bilik luas dengan kemudahan dalam bilik yang lengkap.

Deluxe Twin Room with Sea View @ RM77.00/ malam

Lokasi penginapan ini terletak di tepi pantai di Pulau Samosir yang dikelilingi oleh Danau Toba di Sumatera Utara. Lapangan terbang terdekat dengan penginapan ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Silangit iaitu sejauh 47.3 km. Pekan terdekat pula ialah Parapat yang terletak 9 km dari penginapan.

Lokasi hotel

Kesimpulan; penginapan ini sangat digemari oleh pelancong kerana saiz biliknya yang luas, bersih, selesa dan lokasi hotel antara yang terbaik di Pulau Samosir! Highly recommended!

Berminat menempah bilik di hotel ini? Tempahlah melalui Booking.com.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar