Tuesday, August 21, 2018

Jeju R Hotel & Guesthouse - Saiz bilik luas dan lokasinya antara yang terbaik di Pulau Jeju, Korea Selatan

Siapa yang tidak kenal Pulau Jeju? Pasti anda semua pernah mendengar tentangnya. Ada yang mengatakan bahawa "perjalanan anda ke Korea Selatan tidak akan pernah lengkap jika belum menjejakkan kaki di Pulau Jeju," ternyata ianya benar.

Disebabkan itu, kami meluangkan masa 3 hari 2 malam di Pulau Jeju sepanjang berada di Korea Selatan selama 5 hari. Di Pulau Jeju kami menginap di Jeju R Hotel & Guesthouse; check in 29 Mei dan check out 31 Mei 2018. Hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Jeju.

Baca ringkasan perjalanan kami ke Jepun-Korea Selatan: Mencari Maria Ozawa & Kim Tae Hyung 2018.

Wajib bergambar disini

Kami menempah bilik jenis double room with bathroom dengan harga RM256.00 untuk dua malam. Kami berpuas hati dengan penginapan ini kerana saiz biliknya yang luas, bersih, selesa dan boleh dikatakan lengkap.

Semua bilik disediakan akses Wi-Fi percuma, berhawa dingin, peti sejuk, peralatan mandi dan sarapan percuma. Hotel ini juga mempunyai sebuah bar snek, kemudahan dobi, kedai mini, lounge berkongsi dan ruang untuk aktiviti bermain biliard dan dart. Bagi mereka yang menyewa kereta, hotel ini mempunyai ruang letak kenderaan secara percuma. 

Double Room with Bathroom @ RM256.00/ 2 malam

Lokasi Jeju R Hotel & Guesthouse sangat mudah ditemui, terletak 10 minit memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, 2 minit berjalan kaki ke Terminal Bas Jeju, 7 minit pemanduan ke Jeju Folk Village Museum dan Yongduam Rock boleh dicapai dalam masa 10 minit pemanduan dari hotel ini. Apa yang paling penting ialah; lokasi hotel ini memudahkan anda untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan awam yang sangat diperlukan oleh setiap pelancong ketika berada di Pulau Jeju.

Lokasi Jeju R Hotel & Guesthouse

Kesimpulan; hotel ini sangat digemari oleh pelancong dengan bajet rendah kerana biliknya yang luas, murah, bersih, selesa dan lokasi hotel antara yang terbaik di Pulau Jeju! Highly recommended!

Berminat menempah bilik di hotel ini? Tempahlah melalui Booking.com.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar