Monday, August 20, 2018

K-Guesthouse Insadong 2 Myeongdong - Lokasi strategik, dikelilingi restoran, selesa dan murah di Seoul, Korea Selatan

Korea Selatan merupakan salah satu negara impian yang mahu dilawati oleh setiap peminat tegar K-Pop. Seperti Jepun, saya percaya anda semua meletakkan impian untuk melancong ke Korea Selatan. Pada 28 Mei hingga 01 Jun 2018 lepas, kami berkesempatan melancong dengan bajet rendah ke Korea Selatan. Destinasi utama kami ialah Seoul dan Jeju Island. Ketika di Seoul, kami menginap di K-Guesthouse Insadong 2 Myeongdong; check in 28 Mei, check out 29 Mei dan check in 31 mei, check out 01 Jun.

Baca ringkasan perjalanan kami ke Jepun-Korea Selatan: Mencari Maria Ozawa & Kim Tae Hyung 2018.

Harus mencuba hanbok apabila ke Seoul

Korea Selatan merupakan salah satu daripada enam buah negara berstatus maju di benua Asia. Tidak menghairankan jika kos sara hidup di Korea Selatan juga sangat tinggi. Oleh itu, apabila melancong ke Seoul dengan bajet rendah, jangan bermimpi sangat dapat menempah penginapan dengan saiz bilik yang luas.

Kami menempah bilik jenis bunk twin room. Saiz bilik kecil tapi dilengkapi dengan kamar mandi peribadi. Walaupun saiz bilik kecil, penginapan ini sangat bersih, antara yang termurah dan boleh dikatakan selesa dengan lokasinya yang strategik.

Semua bilik disediakan akses Wi-Fi percuma, TV berskrin rata dan pengering rambut. Selain itu, setiap bilik juga mempunyai kamar mandi peribadi lengkap dengan pancuran mandian air panas dan peralatan mandian percuma. Sarapan juga disediakan.

Bunk Twin Room @ RM266.00/ 2 malam

Dibina pada tahun 2015, penginapan ini terletak 800 meter dari Noon Square, 1.4 km dari Jongmyo Shrine, 10 minit berjalan kaki dari Lotte Duty Free Shop dan 15 minit berjalan kaki ke Namdaemun Market. Cheonggyecheon stream pula terletak selang satu blok bangunan sahaja. Terdapat banyak restoran dan bar berhampiran penginapan.

Apa yang paling penting ialah lokasinya yang terletak hanya 2 minit berjalan kaki dari stesen keretapi iaitu Jonggak Station. Keretapi merupakan pengangkutan utama di Seoul. Semua lokasi menarik dan penting di Seoul seperti Gyeongbokgung Palace, Changdeokgung Palace, Jongmyo Shrine, Bukchon Hanok Village, Incheon International Airport, Gimpo International Airport dan banyak lagi sangat mudah dicapai dari Jonggak Station.

Lokasi guesthouse

Kesimpulan; penginapan ini sangat digemari oleh pelancong dengan bajet rendah kerana harga biliknya yang murah, bersih, selesa dan lokasinya antara yang terbaik di Seoul! Highly recommended!

Berminat menempah bilik di guesthouse ini? Tempahlah melalui Booking.com.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar