Saturday, August 25, 2018

Permata Inn - Bersih, murah dan lokasinya antara yang terbaik di tengah Kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia

Permata Inn terletak di tengah-tengah Kota Medan, Indonesia. Kami menginap di sini; check in 30 September dan check out 01 Oktober 2017 selepas kembali dari Danau Toba - Berastagi. Sebelum ini, pada 27 September kami menginap di Amelia 2 Guest House.


Permata Inn sangat dekat dengan mercu tanda Kota Medan

Penginapan ini menyediakan kemudahan Wi-Fi secara percuma. Setiap bilik dilengkapi dengan kamar mandi peribadi atau berkongsi. Ruang letak kereta juga disediakan secara percuma. Selain itu, tetamu boleh menggunakan ruang dapur yang terdapat dalam penginapan ini.

Kami menempah bilik jenis Deluxe Double Room berharga RM58.00/ night. Kemudahan dalam bilik boleh dikatakan agak lengkap.

Deluxe Double Room @ RM58.00/ night

Permata Inn hanya 10 minit berjalan kaki dari Medan Fair Plaza dan 15 minit berjalan kaki dari pasar tradisional. Istana Maimun terletak 2.5 km dari Permata Inn, manakala Medan Grand Mosque berjarak 2.8 km. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, 24 km dari Permata Inn. Stesen kereta api terdekat pula mengambil masa 15 minit pemanduan. 

Lokasi penginapan

Kesimpulan; penginapan ini sangat digemari oleh pelancong kerana bersih, selesa, murah dan lokasinya antara yang terbaik di tengah Kota Medan! Highly recommended!

Berminat menempah bilik di inn ini? Tempahlah melalui Booking.com.

Artikel Terkait

This Is The Newest Post


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar