Sunday, August 19, 2018

Sunplaza Hotel - Lokasi penginapan antara yang terbaik, termurah dan terbersih di Osaka, Jepun

Saya percaya anda semua meletakkan impian untuk melancong ke Jepun. Pada 25 hingga 28 Mei 2018, kami berkesempatan melancong secara backpacker ke Osaka, Jepun selama 4 hari 3 malam. Sepanjang berada di Osaka, kami menginap di Sunplaza Hotel.

Baca ringkasan perjalanan kami ke Jepun-Korea Selatan: Mencari Maria Ozawa & Kim Tae Hyung 2018.

Osaka Castle - destinasi wajib di Osaka

Jepun merupakan salah satu negara berstatus maju dengan kuasa ekonomi top-5 di dunia. Kos sara hidup di Jepun juga sangat tinggi. Oleh itu, apabila melancong ke Jepun dengan bajet rendah, jangan bermimpi sangat dapat menempah hotel dengan saiz bilik yang luas dan lengkap dengan kamar mandi di dalamnya. Kami menempah bilik Japanese-Style Economy Twin Room with Shared Bathroom - Non-Smoking. Saiz bilik agak sempit dengan kemudahan dalam bilik yang sangat terhad. Walau bagaimanapun, hotel ini sangat bersih dan boleh dikatakan selesa.

Twin Room @ RM353.00/ 3 malam

Hotel Sunplaza menyediakan kemudahan Wi-Fi secara percuma. Selain itu, kamar mandi berkongsi dilengkapi dengan semua keperluan mandi di setiap tingkat. Apa yang paling penting ialah lokasinya yang terletak hanya bersebelahan pintu sahaja dengan stesen keretapi iaitu Shin-Imamiya Station. Keretapi adalah pengangkutan utama di Osaka mahupun Jepun secara keseluruhannya. Semua lokasi menarik dan penting di Osaka seperti Osaka Castle, Tsutenkaku, Tennoji Park, Spa World, Universal Studio, Osaka Aquarium, Tempozan Park, Dotonbori-Osaka Night Market, Kansai International Airport dan banyak lagi sangat mudah dicapai dari Shin-Imamiya Station.

Lokasi hotel

Kesimpulan; penginapan ini sangat digemari oleh pelancong dengan bajet rendah kerana harga biliknya yang murah, bersih, selesa dan lokasi hotel antara yang terbaik di Osaka! Highly recommended!

Berminat menempah bilik di hotel ini? Tempahlah melalui Booking.com.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon

Perkongsian Pintar